window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je!

Mersita · Feb 7, 2021 06:00 PM

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 01

Biasalah, ramai orang nak nampak sempurna dan elok sikit walaupun bajet tak kencang. Tak salah jika kita punyai tanggapan sebegini kerana untuk nampak mewah dah cantik, sebenarnya kita tak perlu pun terlalu mengejar jenama dan barang-barang yang teramatlah mahal sehingga luar dari kemampuan kita.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 02

Tak ada tipu-tipu kat sini, confirm..

Kaedah ini bukan saja boleh diaplikasikan dalam pemilihan pakaian atau deko rumah misalnya, tapi ia juga boleh digunapakai dalam pemilihan kenderaan kita. Kali ini, kami ingin ceritakan tentang kereta-kereta yang boleh buat anda nampak mewah tapi sebenarnya anda tak berbelanja tinggi pun. Bijak, tak?

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 03

Ni ‘confirm’ harga bawah RM 100 ribu sekarang

Kami hadkan cadangan kami kepada kereta bawah RM 100,000. Ya, kebanyakan daripada cadangan kami dalam senarai ini bukanlah kereta baru. Tapi, dengan harga bawah RM 100 ribu, anda bolehlah pandu kereta yang nampak mahal sikit dengan harga yang OK.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 01

Ingat, simpan sikit duit untuk servis dan penyelenggaraan

Sebelum kami mulakan, kami nak anda tahu yang walaupun harga kereta-kereta ini menarik, tak semestinya ia murah untuk dijaga. Oleh itu, seperti saranan kami sebelum ini, simpan 10% dana dari nilai kereta tersebut semasa ia dibeli untuk tujuan penyelenggaraan kelak.

Contohnya, kereta yang berharga RM 100 ribu perlukan sekurang-kurangnya RM 10 ribu bagi kos penjagaan/penyelenggaraan bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Proton X50 2021 (bermula dari RM 79,200, tanpa SST sehingga 30 Jun 2021)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 02

Inilah dia salah satu model yang paling penting dan popular di Malaysia pada tahun 2020 atas sebab yang sangat ketara; ia tampak lebih mahal dari harga sebenarnya. Tak kisahlah jika ia menerima insentif kerajaan sebagai ‘kereta nasional’, sekilas pandang Proton X50 memang tampak premium dan mewah sekali.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 03

Corong ekzos quad! Jauh lebih bagus daripada corong yang dicat pada Proton Perdana

Dengan rupa bentuk ala-Range Rover Evoque dan kemasan ‘sporty’ yang ada fungsi, X50 sememangnya menyerlahkan aura premium dan ‘sporty’ pada masa yang sama. Kalaulah kita jenis pilih kereta sambil mementingkan gaya mutu keunggulan, X50 pastinya berjaya menambat hati anda.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 04

Perincian kemas, berkualiti tinggi

Walaupun X50 kurang terkenal dari segi keselesaan tempat duduknya, kami memang akui yang kualiti ruang dalamannya memang bagus dan kemasan serta butang fungsinya juga rasa premium.

Tambahan pula, tiada kenderaan lain dalam kelas sama yang menawarkan sistem pemanduan berautonomi Tahap 2 selain daripada X50. Oleh itu, X50 memang sangat sesuai bagi konsumer yang mementingkan pembelian berbaloi.

Proton X70 2021 (bermula dari RM 89,800, tanpa SST sehingga 30 Jun 2021)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 05

Satu lagi kereta baru yang kami ingin cadangkan ialah ‘abang long’ kepada X50, iaitu Proton X70. Proton memang cukup cemerlang dalam kebolehan mereka untuk memasarkan dua kereta yang tampak premium pada harga yang mampu-milik walaupun ia sebenarnya SUV Geely secara asasnya.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 06

Dari segi sentuhan premium, X70 jauh lebih bagus berbanding X50. Tambahan pula, ia tampak lebih eksklusif berbanding pesaingnya dari jenama lain yang berharga jauh lebih mahal. Dalam penskoran yang kami lakukan, X70 mendapat skor yang tinggi dari segi keselesaan – suatu perkara yang mengagumkan untuk datang dari Proton.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 07

Nampak selesa, rasa pun selesa

Jika diberi pilihan antara X50 dan X70, dan memandangkan jurang harganya juga tidak terlalu jauh, kami akan pilih Proton X70 jika pilihan ini dibuat berdasarkan tahap premium yang lebih tinggi. Ia bersaiz lebih besar dan kami dapati ruang dalamannya lebih baik berbanding X50.

Tambahan pula, kerusi berlapik kulit Nappa warna coklat yang ada pada X70 pastinya menonjolkan lagi betapa eksklusifnya kereta ini terutama sekali apabila anda nak ‘nampak kaya’.

Audi S5 Coupe B8 terpakai (dari RM 59,800)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 08

Rim cantik. (Sumber)

Walaupun fesyen sering datang dan pergi begitu saja, namun bagi kereta isu ini hampir tiada. Inilah sebabnya mengapa pasaran kereta terpakai dianggap sangat-sangat menarik kerana ada ada banyak kereta-kereta yang hebat boleh dimiliki dengan bajet hanya RM 100 ribu kebawah. Sebagai permulaan, jom kita mulakan dengan Audi S5 Coupe generasi pertama.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 09

Anda boleh dapatkan Audi A5 generasi serupa dengan harga lebih rendah, tapi kenapa nak hangat-hangat tahi ayam sedangkan anda boleh ‘show off’ kuasa enjin V8? Audi S5 adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang inginkan coupe Teutonic yang tampak ‘cool’ dan buat orang toleh dua-tiga kali.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 10

Jika dibandingkan dengan Audi TT, S5 Coupe tampak lebih elegan. Ditambah pula dengan kuasa kuda 354 PS yang dijana oleh enjin FSI V8 4.2 liter, ia pasti mengaum hebat di lebuh raya. Cuma pastikan anda cukup duit untuk isi minyak selepas puas melenjan kesana kemari.

BMW F30 3 Series terpakai (dari RM 65,900)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 11

Jika anda berminat untuk memiliki BMW 3 Series yang moden tapi tak cukup bajet untuk G20 3 Series yang serba baru, jangan risau sebab anda masih ada harapan. F30 3 Series generasi terakhir boleh anda miliki dengan harga yang lebih rendah daripada Honda City serba baru.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 12

Walaupun mereka yang mencari 3 Series 6 silinder yang tradisional mungkin akan hampa memandangkan harganya melebihi had RM 100 ribu, anda boleh dapat kereta yang dipuji ramai sebagai generasi 3 Series yang paling hampir sempurna.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 13

Dengan ‘handling’ yang hebat, prestasi yang mantap, dan rupa bentuk yang tak lapuk dek zaman, model F30 ialah sebuah BMW moden yang cukup cemerlang. Jika berminat, anda boleh rujuk panduan kami di sini. Jika pereka Mazda mengaku yang ia adalah kereta yang hebat, kami yakin ini memang hakikatnya.

BMW E71 X6 terpakai (dari RM 68,800)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 14

BMW mungkin bukan yang pertama untuk diberi reka bentuk coupe-SUV, tapi ia pastinya berjaya membuatkan reka bentuk ini sebagai ‘mainstream’. Walaupun anda kurang gemar dengan rupa parasnya, memang tak dinafikan yang BMW X6 boleh mengambil perhatian ramai di jalan raya.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 15

Hanya model E71 generasi pertama saja yang termasuk dalam bajet yang ditetapkan. Tapi, selalunya orang cakap yang asli lah kadang-kadang yang paling bagus, kan? Lagipun, walaupun X6 tampak sangat urban dengan penggayaan ala-coupe, ia didatangkan dengan sistem ‘all-wheel drive’ xDrive sebagai standard.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 16

Ia mungkin bukan sesuatu yang tipikal tapi ia masih mengekalkan DNA BMW apabila kereta ini dipandu di selekoh. Sistem Dynamic Performance Control membahagikan tork yang seimbang pada keempat-empat roda dengan berusaha sama dengan xDrive. Apabila ia masih serba baru lagi, E71 X6 berharga hampir RM 700 ribu, tapi kini anda boleh milikinya 10 kali lebih murah.

Citroen DS 5 terpakai (dari RM 54,000)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 17

Pilihan yang ini agak berbeza dengan yang sebelum dan datang dari jenama yang mungkin kita takkan lihat lagi dah di masa hadapan. Model DS 5 merupakan model ketiga Citroen dibawah jenamanya DS Automobile dan ia bertujuan untuk mengimbau kembali masa lalu ketika kereta-kereta Perancis cukup mewah dan berevolusi.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 18

Dari segi rupa bentuk, sukar untuk kita beri gelaran sesuai bagi DS5 namun Citroen memanggilnya ‘premium hatchback’. Rupa parasnya yang unik pasti menarik perhatian ramai, lagi-lagi bila mereka tahu harga kereta ini di pasaran terpakai.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 19

Tapi, sebagai sebuah kereta Perancis di Malaysia, ia hampir tiada nilai jual-semula. Inilah mungkin sebabnya mengapa anda harus ambil peluang untuk memilikinya. Lagipun, kereta yang tampak futuristik sebegini boleh jadi sebuah kereta klasik Perancis satu hari nanti.

Jaguar XF terpakai (dari RM 39,800)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 20

Apabila Jaguar XF membuat debutnya dahulu, ramai yang kagum melihat reka bentuknya yang futuristik. Ia sangatlah cantik sampaikan 15 tahun kemudian, pesaing BMW 5 Series dan Mercedes-Benz E-Class ini serinya masih belum tenggelam.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 21

Dengan harga jualan semula yang lebih kurang sama dengan Proton Saga Premium serba baru, XF ada banyak kelengkapan yang menyeronokkan di dalamnya seperti pemilih gear yang timbul keluar dari konsol tengah dan juga penutup salur hawa dingin yang boleh buka dan tutup sendiri.

Memang tak dinafikan sebuah 5 Series ataupun E-Class dari tahun yang lebih kurang sama harganya sama mahal dengan XF tapi kereta BMW dan Merc itu masih kurang menarik jika dibanding dengan ‘the Jag’.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 22

Selain dari itu, jenama Jaguar ini sendiri melambangkan status dan taraf kemewahannya yang tersendiri berbanding pesaingnya dari Jerman. Tambahan pula, perebiu pada masa itu lebih berkenan dengan XF berbanding E-Class dan 5 Series kerana pemanduan XF yang hebat.

Lexus IS XE20 terpakai (dari RM 41,300)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 23

Bagi model ini, kami sarankan Lexus IS generasi kedua bagi senarai ini. Sasaran Lexus bagi XE20 IS pastinya BMW 3 Series dan ia menonjolkan ‘vibe’ yang lebih menjurus kepada buatan Jerman berbanding pendahulu JDMnya. Cengkaman pemanduannya sama hebat seperti BMW tapi bezanya ialah anda akan rasa lebih yakin dengan kualiti binaannya.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 24

Tindakan mereka menggantikan ‘inline-6’ dengan V6 mungkin satu ‘pengkhianatan’ bagi sesetengah orang. Tapi sejujurnya, jika anda mencari kereta yang boleh membuatkan anda nampak seperti ‘superstar’, IS generasi kedua lebih baik berbanding modelnya yang terdahulu.

Peugeot RCZ terpakai (dari RM 62,800)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 25

Kereta Perancis kedua dalam senarai kami ialah Peugeot RCZ, salah satu daripada kereta ‘sport’ Perancis yang terakhir dijual secara rasmi di Malaysia. Jika dibandingkan dengan DS 5, RCZ masih ada nilai jual-semula.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 26

Pada hemat kami, RCZ barangkali salah satu kereta ‘sport’ yang kurang mendapat perhatian sepatutnya di sini hanya disebabkan oleh lencananya. Walaupun ia berkongsi platform yang sama dengan Peugeot 308, pengendaliannya lebih baik dan ia juga cukup menarik terutama sekali dengan atap ‘double-bubble’nya.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 27

Pesaing utama RCZ ialah Audi TT dan walaupun ia lagi kerap dilihat di jalan raya kita, anda pastinya akan tampak lebih menonjol dengan kereta ‘sport’ Perancis. Ia juga didatangkan dengan transmisi manual bagi mereka yang minat 3 pedal. Ini pastinya kereta ‘sport’ yang tepat bagi mereka yang kekurangan bajet.

Volkswagen Golf GTI MkV dan MkVI terpakai (dari RM 35,500)

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 28

Volkswagen Golf GTI ialah perintis hot-hatch dan ramai yang menganggap MkV Golf GTI sebagai antara yang terbaik selepas GTI yang ‘ori’. Generasi-generasi seterusnya telah memperhalusi resipi hot hatch ‘ori’ tersebut tapi model generasi kelimalah yang membawa plat nama ‘lejen’ ini ke arah yang betul setelah dua generasi sebelumnya yang kurang menarik.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 29

Anda boleh baca rebiu pemilik kereta GTI ini di sini

Sama seperti RCZ, model GTI ini sesuai bagi mereka yang mahukan kereta berprestasi tinggi mampu-milik yang masih tampak ‘sporty’. Tapi, ia jauh lebih menyeronokkan berbanding RCZ dan ia dibina memang untuk mereka yang gemarkan prestasi hebat. Anda pastinya boleh menarik perhatian ramai peminat-peminat kereta dengan model ini berbanding RCZ.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 30

Generasi model yang boleh didapati dengan harga bawah RM 100 ribu ialah MkV dan MkVI GTI. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 2.0 liter. Walaupun unit kereta dengan kotak gear manual 6 kelajuan pernah tiba di pasaran kita, ia agak sukar ditemui. Lagipun, DSG 6 kelajuannya pasti tidak akan menghampakan anda dan menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan.

Kami juga ada panduan bagi mereka yang ingin mencari MkVI GTI di sini.

Nak nampak kaya? Ini 10 kereta yang nampak mahal tapi bawah RM 100k je! 31

Inilah dia senarai beberapa kereta yang kami anggap nampak premium tapi masih jinak dengan baki akaun bank anda. Jika anda rasa ada lagi model-model dalam kategori ini yang kami terlepas pandang, jom komen di FB WapCar – BM ataupun mulakan perbualan dengan peminat-peminat kereta lain di forum kami.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda