window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu

Khairil · Jan 23, 2021 02:00 PM

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 01

Populariti motosikal skuter di negara ini boleh dikatakan agak tinggi. Dimana saja, kelibat skuter tidak kira dari jenama Honda, Yamaha, Modenas, SYM, Vespa dan pelbagai lagi memang mudah dilihat di jalanan.

Apa yang menyebabkan skuter menjadi pilihan terutama di bandar-bandar adalah disebabkan transmisi automatik yang digunakan. Memang mudah, hanya pulas pendikit dan terus bergerak.

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter sebenarnya bukanlah sebuah jentera yang rumit, jadi penjagaannya juga tidak begitu sukar. Namun ada perkara yang perlu diberi perhatian agar ia tidak mendatangkan pening kepala kepada pemiliknya di kemudian hari.

Seperti yang diketahui, kos pembaikkan untuk skuter yang menggunakan gear aotomatik ini mungkin boleh menjadi amat mahal berbanding kapcai.

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 01

Sumber imej: Trouble Wheels Garage

Justeru, berikut adalah tips penjagaan ringkas motosikal skuter yang kami boleh senaraikan untuk anda. Harapnya bermanfaat.

Penjagaan minyak enjin

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 02

Ini adalah perkara paling asas. Minyak enjin atau lebih mudah difahami 'minyak hitam' mempunyai jangka waktu sebelum perlu ditukar. Lihat kepada label minyak yang anda gunakan dan apa yang disyorkan oleh pengeluarnya.

Seperti kenderaan lain, minyak enjin juga mempunyai pelbagai jenis dan bergantung kepada jenis penggunaan. Ada yang 'Fully sintetik, Semi sintetik dan mineral dan setiap satunya mempunyai harga yang berlainan serta saranan yang tersendiri.

Penjagaan tali sawat (Belting)

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 03

Sumber imej: BikesRepublic.com

Bagi skuter, ini antara perkara paling penting untuk dijaga. Jika boleh dan berkemampuan, ikut seperti yang disarankan oleh pengeluar atau jenis belt yang anda gunakan. Antara tanda-tanda belt anda tidak lagi begitu baik adalah timbul bunyi seperti tikus berada dalam crankcase motosikal anda.

Rajin-rajinkan diri untuk melihat sendiri kondisi belt bagi memastikan tiada rekahan dan tukar sebelum ia putus. Roller weight mesti dicuci dan di minyakkan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Minyak gear

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 04

Sumber imej: Trouble Wheels Garage

Ini antara perbezaan paling ketara di antara motosikal kapcai dan skuter. Jika membeli motosikal baru, ia sebaiknya dilakukan pada 500km pertama untuk membuang habuk-habuk besi yang terhasil daripada geseran antara gigi-gigi gear. Selepas itu, ikuti panduan yang disarankan pengeluar atau jenis minyak yang anda gunakan.

Penjagaan palam pencucuh

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 05

Jika motosikal anda semakin susah untuk dihidupnya, ia mungkin bermakna sistem pembakaran tidak sempurna dan palam pencucuh anda tidak lagi berfungsi dengan baik. Jangka hayat palam pencucuh adalah berbeza mengikut penjagaan pengguna. Seperti minyak enjin, palam pencucuh juga mempunyai pelbagai jenis, berprestasi tinggi atau standard selain syor waktu bila ia perlu ditukar.

Penapis udara

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 06

Sumber imej: Trouble Wheels Garage

Perkara ini penting terutama bagi motosikal seperti skuter atau generasi baharu. Seperti kereta, ada pelbagai jenis yang dijual di pasaran. Ada yang boleh dicuci atau perlu ditukar baharu.

Penapis minyak

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 07

Jika penapis minyak anda sudah terlalu lama tidak ditukar, ia boleh menyebabkan aliran minyak yang tidak sekata. Jika boleh, tukar penapis minyak setiap 10,000km perjalanan.

Penjagaan coolant radiator

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 08

Penjagaan coolant adalah mengikut kepada jenis motosikal anda. Ikut seperti yang disarankan oleh pengeluar. Ia tahan lama namun tetap perlu diservis. Pastikan juga sistem radiator anda tidak tersumbat, ada kebocoran atau kipas radiator rosak.

Penjagaan brek

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 09

Perkara ini penting buat untuk meningkatkan jangka hayat motosikal anda, malah diri anda sendiri. Lakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sistem brek motosikal anda. Lihat cengkaman brek, kandungan minyak dan sebagainya. Caliper brek juga perlu diservis jika perlu.

Bateri

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 10

Ikut saja seperti yang disarankan oleh pengeluar. Jika sudah tiba masanya, tukar sahaja bagi mengelakkan sakit kepala terutama untuk bateri jenis kering.

Servis karburetor

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 11

Perkara ini tidak perlu dibuat jika skuter anda menggunakan sistem pancitan bahan api. Tetapi untuk motosikal yang masih menggunakan kaburator, ia penting bagi memastikan motosikal anda berfungsi dengan cemerlang. Disyorkan untuk anda mencuci karburator setiap 10,000km perjalanan. Ia bagi membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.

Kesimpulan

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 12

Sumber imej: Bike Point By Mintu&Rahul

Tips ini mungkin merangkumi perkara asas penjagaan skuter anda. Apapun, ia tetap berguna. Apapun, luangkan sedikit masa meneliti setiap bahagian skuter anda untuk melihat sama ada ada kerosakan atau tidak. Jika berlakunya kerosakan, jangan biarkan ia menjadi lebih teruk terutama membabitkan sensor. Dapatkan nasihat pakar atau pergi saja ke bengkel yang anda percayai sebelum ia memberikan masalah besar kepada anda.

Nak skuter tahan lebih lama? Ini tips yang anda perlu tahu 13

Sumber imej: Trouble Wheels Garage

Tetapi secara asasnya, apa yang utama ialah ikuti jadual penjagaan dicadangkan pengeluar, menggunakan enjin, gear dan alat ganti yang tulen atau terbukti kualitinya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda