window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda!

Khairil · Jun 27, 2021 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun kerjanya kedengaran mudah, tetapi realitinya untuk bergelar penunggang penghantar bukanlah sesenang itu.

Banyak yang perlu difikirkan dan dipenuhi sebelum bergelar penghantar p-hailing namun secara asasnya, seseorang itu perlulah mempunyai motosikal terlebih dahulu.

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 01

Di Malaysia, pilihan terhadap motosikal boleh dikatakan 'melambak' namun paling popular adalah dari jenis moped atau gelaran popularnya, kapcai.

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 02

Jadi, tidak mahu memberikan mukadimah yang lebih panjang, untuk senarai kali ini, kami menetapkan ia adalah dari jenis kapcai dengan kriteria utama lain adalah ia motosikal baharu yang mempunyai jaminan, harga bawah RM 4k dan juga tidak terlalu mementingkan jenama.

Masih berminat, teruskan membaca.

Modenas Kriss 110

Harga: RM 3.8k (asas)

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 03

Kekuatan Modenas Kriss 110 adalah pengenalan brek cakera dwi-piston untuk versi terbaharu. Trenkuasa pula ialah enjin 110 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Udara dengan kuasa dihasilkan 6.6 Hp dan tork 6.7 Nm.

Juga baca: Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 04

Seperti Proton dan Perodua, Modenas dibangunkan untuk menghasilkan motosikal untuk rakyat jadi ia bermaksud, mampu milik. Tempoh jaminan 2 tahun atau 20,000 km.

Honda Wave Alpha

Harga: RM 3.9k (asas)

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 05

Selain Honda EX5, Honda Wave Alpha antara model popular keluaran syarikat Jepun itu di Malaysia. Ia dikuasakan enjin 109.17 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Penyejuk Udara, SOHC, Karburetor dan dipadankan kotak gear empat kelajuan.

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 06

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 8.2 Hp pada 7,500 rpm dan tork 8.4 Nm pada 5,500 rpm. Seperti motosikal Honda lain, ketahanannya juga terbukti dan menjadikannya pilihan terbaik. Jaminan adalah 2 tahun atau 20,000 km (mana sampai dahulu). Untuk harganya, ia adalah harga terkini motosikal berkenaan selepas rebat cukai eksais kerajaan.

SYM E-Bonus 110

Harga: RM 3.7k (asas)

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 07

Seperti jenama motosikal besar yang lain, SYM juga mempunyai barisan kapcai 'aras bawah'. Model berkenaan adalah SYM E-Bonus dan 3 varian diperkenalkan dengan varian terendah adalah berharga RM 3.7k.

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 08

Dan perlu diingat, versi terendah SYM E-Bonus ini tidak mempunyai ciri-ciri seperti brek cakera. Tempoh jaminan adalah dua tahun atau 20,000 km.

SM Sport 110R

Harga: RM RM 3.9k (asas)

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 09

Janama edaran MForce Bike Holdings Sdn. Bhd ini memang popular kerana memang mudah untuk melihat motosikal ini di jalanan. Selain harganya, reka bentuknya juga agak 'hensem'.

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 10

Trenkuasa ialah enjin 109 cc, 4 Lejang, I Silinder, SOHC, Karburetor dengan kuasa kuasa 6.4 Hp pada 7,500 rpm dan 7.0 Nm tork pada 7,000 rpm. Tempoh jaminan adalah selama 2 tahun atau 20,000 km.

WMoto VE1-110R

Harga: RM 3.7k (asas)

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 11

Satu lagi jenama edaran MForce yang mampu milik. Motosikal kapcai ini dilengkapi enjin empat lejang berkapasiti 109.2 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Udara, Karburator dan menggunakan transmisi empat kelajuan.

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 12

Tempoh jaminan adalah selama 2 tahun atau 20,000 km, dengan tambahan 1 tahun atau 10,000 km untuk enjin.

Aveta VS 110

Harga: RM 3.5k (asas)

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 13

Motosikal ini baru saja dilancarkan pada tahun ini dari jenama tempatan terbaharu, Aveta. Ia turut mempunyai beberapa model lain dengan julat harga sama namun bagi kami, VS 110 sesuai dengan senarai ini.

Juga baca: Model terbaharu Aveta Global Marketing, Aveta VS110 dah mula dijual!

Nak tambah pendapat jadi 'rider' penghantar? Ini 5 pilihan kapcai untuk anda! 14

Ia menggunakan enjin 113 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Kaburator yang menghasilkan 6.5 Hp dan 6.8 Nm. Kotak gear adalah empat kelajuan. Jaminan juga standard iaitu 2 tahun atau 20,000 km.

*Harga yang dipaparkan adalah terbaharu dan mungkin berubah mengikut pengedar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda