window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak tempah Honda selepas 30-Jun 2022? Jangkakan kenaikan 6 peratus dalam harga pasca-SST

Zamil Syaheer · Jun 27, 2022 03:00 PM

Nak tempah Honda selepas 30-Jun 2022? Jangkakan kenaikan 6 peratus dalam harga pasca-SST 01

Dengan tempoh pengecualian SST semasa yang berakhir pada 30-Jun 2022, semakan dengan pengedar Honda telah mendedahkan bahawa harga kereta baru dijangka meningkat sehingga 6 peratus pasca-SST.

Bagaimanapun, sumber yang mengetahui perkara itu mengatakan bahawa penyambungan semula SST bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan kenaikan harga. Anda perlu ambil kira kenaikan kos bahan dan logistik lain yang dijangka memberi kesan.

Nak tempah Honda selepas 30-Jun 2022? Jangkakan kenaikan 6 peratus dalam harga pasca-SST 02

Tempahaan untuk Honda HR-V  2022 telah dibuka sebelum pelancaran rasmi pada suku ke-3

Di Semenanjung Malaysia, penyambungan semula SST akan menyebabkan peningkatan (anggaran) antara 1.8 hingga 5.3 peratus, manakala kos bahan dan logistik tambahan dianggarkan memberi kesan kenaikan daripada 0.5 hingga 1.1 peratus. Justeru itu, jangkakan peningkatan antara 2.3 peratus hingga 6.4 peratus bergantung kepada model.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Sabah dan Sarawak pula, kos bahan dan logistik dijangka memberi kesan yang lebih ketara ke atas harga, menambah antara 0.9 peratus dan 2.4 peratus. Manakala SST pula akan menambah lagi 1.8 hingga 6.6 peratus, meningkatkan harga antara 3 dan 8 peratus selepas SST disambung semula.

Nak tempah Honda selepas 30-Jun 2022? Jangkakan kenaikan 6 peratus dalam harga pasca-SST 01

Seperti yang anda ketahui sekarang, Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan lanjutan tempoh bebas SST untuk pembeli kereta yang mendaftarkan kereta sehingga 31-Mac 2023. Namun, ia sah sekiranya pembeli menempah kereta mereka sebelum 30-Jun 2022.

Walaupun ini hanya anggaran, buat masa ini jangkakan harga sebenar model Honda dan banyak pengeluar lain bakal diumumkan bermula 1-Julai 2022.

Baca juga: 

Tempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan - MOF

Pengakhiran insentif SST makin dekat, tempahan kereta di Malaysia tiba-tiba melonjak 2x ganda!

Zafrul - pentaksiran cukai rugi RM 4.8 bilion sejak insentif SST mula dilaksana pada 2020

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda