window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'?

Zamil Syaheer · Oct 18, 2020 02:00 PM

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 01

Imej dari Engineering Explained.

Seperti namanya, tugas utama penapis udara (air filter) adalah menyaring udara masuk ke enjin anda. Ini sangat penting untuk operasi enjin. Mempunyai penapis udara yang kotor dapat menyekat aliran udara masuk dan seterusnya mengganggu prestasi serta ekonomi bahan bakar.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 02

Jika penapis anda gagal, ia membenarkan benda asing seperti daun, habuk, dan batu-batu kecil masuk ke dalam kebuk pembakaran. Ini boleh menyebabkan kerosakan enjin. Sebab itulah mengapa penapis udara sangat penting.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat pelbagai ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum anda menggantikan penapis udara anda.

Pada mana yang nak tukar atau terfikir nak naik taraf ke 'aftermarket' seperi K&N atau Simota, kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan penapis udara jenis 'open-pod' dan 'drop-in' untuk membantu anda menentukan mana yang sesuai untuk kegunaan anda.

Jenis bahan untuk penapis udara

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 01

Imej dari pgfilters.com.

Sebelum itu, terdapat tiga bahan yang biasa digunakan untuk pembuatan penapis udara. Ianya terdiri daripada kertas, busa (foam), dan kapas (cotton).

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 02

Kertas

Penapis udara kertas adalah antara yang paling biasa digunakan oleh kebanyakan kereta. Walaupun ia berfungsi dengan baik, kertas sebenarnya menyekat banyak aliran udara. Penapis kertas juga paling murah tetapi biasanya tidak dapat dibersihkan dan digunakan semula.

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan kereta anda pada jangka masa yang lama, kami syorkan anda untuk menukar penapis udara ke jenis yang boleh digunakan semula kerana ia dapat menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 03

Busa (Foam)

Penapis busa biasanya dikhaskan untuk enjin kecil. Ini kerana ia menapis dengan baik di persekitaran yang berdebu. Tetapi, ia menyekat saliran udara jauh lebih besar berbanding bahan lain. Ia tahan lebih lama daripada penapis kertas dan boleh digunakan semula, bergantung kepada persekitaran dan cara pengunaan.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 04

Kapas (Cotton)

Penapis kapas adalah bahan yang lazim didapati untuk kebanyakan penapis 'aftermarket'. Ini kerana bahan ini mempunyai tahap penapisan yang berkesan serta membenarkan aliran udara paling banyak. Terdapat dua jenis, kering dan berminyak (lebih lanjut kemudian).

Bentuk penapis udara

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 05

‘Drop-in’

Penapis udara jenis ‘drop-in’ (atau nama lainnya ‘panel’) mengekalkan bentuk asal penapis OEM dan cuma mengubah bahan penapis dari kertas ke jenis kapas.

Penapis jenis ini masih mengehadkan jumlah udara yang masuk tetapi ianya lebih lancar dan boleh digunakan sepanjang hayat. Biarpun ia agak mahal, anda tidak perlu lagi menukarnya. Cuci sahaja sudah cukup.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 06

‘Open-pod’

Jenis ‘open-pod’ pula mempunyai kawasan permukaan (surface area) yang jauh lebih banyak. Walaupun anda boleh membeli penapis udara ‘drop-in’ dengan kawasan permukaan yang sama, jenis ini sebenarnya membolehkan tarikan udara yang lebih seragam dan efisyen.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 07

Beberapa penapis mempunyai kon terbalik di tengah-tengah untuk menambahkan lebih banyak kawasan permukaan. Sebab itulah kereta lumba ataupun kaki 'modify' kereta banyak memakai penapis udara jenis ini.

Minyak atau kering?

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 08

Jenis kering

Jenis kering biasanya digunakan oleh 90% pengeluar kereta. Ia adalah penapis panel yang menggunakan bahan kertas atau busa. Seperti yang kami sebut diatas, ia berfungsi dengan baik untuk menyaring bahan cemar, tetapi ia menyekat udara dengan banyak, lantas menggangu prestasi enjin dan ekonomi bahan bakar.

Penapis kering tidak memerlukan banyak penyelenggaraan, tetapi ini kerana ia tidak boleh digunakan semula. Anda boleh membersihkannya menggunakan angin tetapi mungkin sekali dua sahaja. Terdapat juga dalam versi ‘open-pod’, tetapi anda tidak boleh menyelenggara ia berbanding jenis berminyak.

Jenis berminyak

Penapis jenis minyak membenarkan lebih banyak udara masuk kerana ia dibina dari bahan kapas yang lebih terbuka dan dilapisi dengan lapisan minyak nipis.

Minyak bertindak sebagai perangkap melekit yang memberikan lapisan perlindungan penting sebelum masuk ke kebuk udara. Penapis ini biasanya dah ada lapisan minyak, jadi anda hanya perlu memasangnya ke kereta anda.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 09

Imej dari jrperformanceconcept.com.

Manfaat lain ialah penapis ini dapat bertahan lebih lama daripada jenis kering. Penapis berminyak mempunyai kelebihan untuk dicuci sepenuhnya dan boleh digunakan semula, jadi anda tidak perlu membeli penapis udara baru apabila ia terlalu kotor.

Cuma anda kena rajin lah mengikut jadual cadangan pembersihan. Sekiranya dijaga dengan betul, penapis yang diberi minyak dapat kelihatan baru seperti hari anda membelinya.

Konklusi – tepuk dada tanya selera

Senang cerita, pilihlah yang mana sesuai untuk aplikasi atau bajet anda.

Sekiranya anda ingin tingkatkan kuasa enjin serta sanggup untuk memberi perhatian lebih dari segi bab penjagaan, maka penapis udara jenis minyak lebih sesuai untuk anda.

Nak tukar ‘air filter’, tapi apa yang sesuai? 'Open-pod' atau 'drop-in'? 10

Sekiranya anda tidak suka sangat fikir tentang penyelenggaraan, maka pilihlah penapis jenis kering.

Apa pendapat korang? Tinggalkan komen di bawah!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda