window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak tunggu warna dwi-tona lama sangat, Honda HR-V 2023 di Indonesia diperbaharui dengan jenis satu tona

Faisal · Jan 24, 2023 02:00 PM

Nak tunggu warna dwi-tona lama sangat, Honda HR-V 2023 di Indonesia diperbaharui dengan jenis satu tona 01

Honda HR-V di pasaran Indonesia kini nampaknya hadir dengan dua piliihan warna baru iaitu Sand Khaki Pearl dan Ignite Red Metallic. Tetapi cerita sebenarnya, kedua-dua warna sememangnya sudah ada tapi dalam format dwi-tona. Selama ini, kedua-dua warna ditawarkan untuk varian atas sahaja.

Nak tunggu warna dwi-tona lama sangat, Honda HR-V 2023 di Indonesia diperbaharui dengan jenis satu tona 02

Namun disebabkan permintaan yang diterima dari kalangan pembeli agak tinggi, PT Honda Prospect Motor iaitu pengedar Honda di Indonesia mengambil keputusan untuk menawarkan warna tersebut pada varian lain tetapi tanpa unsur dwi-tona.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak tunggu warna dwi-tona lama sangat, Honda HR-V 2023 di Indonesia diperbaharui dengan jenis satu tona 01

Seperti ini tetapi tanpa sentuhan bumbung hitam.

Sekurang-kurangnya, siapa yang berminat dengan kedua-dua warna tidak perlu menunggu lama sekiranya mereka boleh kompromi dengan sentuhan dwi-tona iaitu bumbung berwarna hitam. Lagipun, tak ramai yang sanggup tunggu kereta lama-lama kan?

Nak tunggu warna dwi-tona lama sangat, Honda HR-V 2023 di Indonesia diperbaharui dengan jenis satu tona 02

Warna Ignite Red Metallic buat Honda HR-V RS di pasaran Indonesia hadir dengan sentuhan dwi-tona.

Bagi anda yang belum tahu, sejak HR-V dilancarkan di Indonesia pada Mac 2022, sebanyak 23,859 unit telah terjual. Lihatkan betapa lakunya SUV lambang ‘H’ ini.

Juga bacaBukan lagi tanah air yang dibanjiri MPV, segmen No.1 di Indonesia kini adalah SUV!

Nak tunggu warna dwi-tona lama sangat, Honda HR-V 2023 di Indonesia diperbaharui dengan jenis satu tona 03

Di Malaysia, warna Sand Khaki Pearl tidak ditawarkan langsung tetapi warna Ignite Red Metallic sememangnya ada dan ia untuk semua varian. Cumanya, tiadalah sentuhan dwi-tona seperti yang ada di pasaran Indonesia.

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda