window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China

Haris ยท Jul 15, 2021 05:00 PM

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 01

Akhir bulan lalu, jenama automotif Lynk & Co telah melancarkan model baharu Lynk & Co 09 2021. Model ini adalah SUV terbesar mereka dengan susunan 7 penumpang. Walaupun menggunakan nombor 09, model baru ini adalah model ke-7 Lynk & Co dalam barisan model mereka.

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 02

Seperti sepupunya dari Sweden, Lynk & Co 09 dibangunkan berdasarkan Volvo Scalable Product Architecture (SPA) - model pertama di luar jenama Volvo yang menggunakan platform ini. Model Lynk & Co lain dibangunkan di atas platform BMA dan CMA.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terkini, lebih banyak butiran mengenai SUV mercu dari Lynk & Co ini telah tertiris, antaranya adalah anggaran harga.

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 01

Di China, harga Lynk & Co 09 dianggarkan bermula dari CNY 299,800 (~ RM 194k).

Harga tersebut agak menakjubkan, hampir separuh harga Volvo XC90, yang mempunyai harga bermula dari CNY 538,900 (~ RM 349k). Malah, Lynk & Co 09 paling mahal yang berharga CNY 336,800 (~ RM 218k) pun masih jauh lebih murah daripada sepupu Sweden tersebut.

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 02

Lynk & Co 09 dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter bercaj turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Model versi elektrik pula dijangka akan diperkenalkan pada masa akan datang, bakal menggunakan trenkuasa XC90 yang sama.

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 03

Selain daripada butiran harga, jarak roda Lynk & Co 09 juga telah disahkan - 2,984 mm, mirip Volvo XC90.

SUV ini juga sedikit lebih panjang dan lebih lebar daripada Volvoc XC90, seperti dalam jadual di bawah.

Perbandingan Dimensi
  Lynk & Co 09 Volvo XC90
Panjang (mm) 5,042 4,950
Lebar (mm) 1,977 1,958
Tinggi (mm) 1,780 1,776
Jarak roda (mm) 2,984 2,984

Dari segi reka bentuk, fasia Lynk & Co mudah dikenali dengan 2 lampu depan ikonik di bahagian paling atas. Ia juga menggunakan gril bilah menegak, rekaan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam model Lynk & Co.

2021 Lynk & Co 09 Exterior Design

Lynk & Co 09 menggunakan unit lampu belakang mendatar yang anggun dengan elemen pencahayaan terbahagi. Rekaan ini nampak sangat anggun berbanding lampu belakang Volvo.

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 05

Sebagai model mercu Lynk & Co, ia menerima ciri kelengkapan terbaik seperti kemasan kulit Nappa, pemanas dan penyejuk tempat duduk hadapan, kerusi memori untuk pemandu, kawalan suhu quad zon dengan sistem kualiti udara (AQS), sistem audio 14 pembesar suara dan kamera perakam papan pemuka (dashcam).

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 06

3 varian yang ditawarkan

Lynk & Co 09 dijangka akan sampai ke bilik pameran di China pada penghujung tahun ini.

Komentar Editor WapCar:

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 07

Bermula sebagai jenama yang kurang dikenali beberapa tahun lalu, Lynk & Co telah berjaya mengubah persepsi ini dengan menukar imej mereka sebagai salah satu jenama baru yang mewah di China. Penampilan model kereta yang radikal dan unik membawa perhatian yang selayaknya kepada Lynk & Co.

Nak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China 08

Berada di bawah payung Geely tentunya sangat membantu, lebih lagi apabila terdapat kemungkinan perkongsian bahagian yang lebih besar antara model, mengurangkan kos untuk membangunkan kereta baharu. Lagi pula, siapa yang tak minat dengan model Volvo XC90 murah? Nyatakan di bahagian komen!

Bacaan Lanjut:

Lynk & Co 09 2021, kembar Volvo XC90 versi murah tapi lebih mewah, harga RM160k?

Lynk & Co 02 Hatchback - pencabar VW Golf GTI dari Geely; 254 PS/350 Nm tork, 8AT

Lynk & Co 02 Hatchback 2021 – dari 113k, hothatch berkuasa 254 PS untuk tapau Golf GTI!

And that pretty much sums up the new Lynk & Co 09 – a product born at the right time by the right company.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda