window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nasihat dulu sebelum saman, penguatkuasaan kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter, e-bike masih peringkat advokasi!

Khairil ยท Jun 28, 2022 08:00 PM

 

Nasihat dulu sebelum saman, penguatkuasaan kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter, e-bike masih peringkat advokasi! 01

Ramai yang terkejut apabila Kementerian Pengangkutan (MoT) mengharamkan penggunaan 3 jenis kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter atas jalan raya di Malaysia pada April lalu di mana pesalah boleh dikenakan denda.

Sekalipun peraturan berkenaan sudah dikuatkuasakan, ada sedikit perkhabaran lega apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan penguatkuasaan undang-undang bagi kesalahan itu masih dilaksanakan secara advokasi iaitu nasihat di seluruh negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nasihat dulu sebelum saman, penguatkuasaan kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter, e-bike masih peringkat advokasi! 01

Zailani (tengah). Sumber imej: BHarian

Memetik laporan BHarian, Datuk Zailani Hashim yang juga Ketua Pengarah jabatan itu berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan berbentuk punitif atau hukuman namun lebih kepada advokasi atau kesedaran.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kenderaan mikromobiliti belum ada dan pihaknya ketika ini sedang cuba untuk mencegahnya sebelum ia berlaku.

Juga baca: E-skuter kini diharamkan atas jalan raya, tersenarai 3 jenis kenderaan mikromobiliti oleh MoT, kuat kuasa serta merta!

Nasihat dulu sebelum saman, penguatkuasaan kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter, e-bike masih peringkat advokasi! 02

Sumber imej: FB JPJ

Begitupun katanya, jangka masa tempoh mendidik itu akan dinilai dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, Zailani berkata sebarang tindakan yang diambil berkaitan kenderaan itu adalah bertujuan mengelakkan insiden seperti kemalangan maut membabitkan basikal lajak di Johor.

Nasihat dulu sebelum saman, penguatkuasaan kenderaan mikromobiliti termasuk e-skuter, e-bike masih peringkat advokasi! 03

Sumber imej: FB JPJ

"Selepas kesedaran (masyarakat) sudah tinggi, tiada lagi pengguna mikrobiliti atas jalan raya, ketika itu kita akan kuat kuasa undang-undang, khususnya kepada mereka yang masih degil," katanya ketika ditemui di Program Penguatkuasan Advokasi Kepada Masyarakat di Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

Sebagai info, penggunaan kenderaan mikromobiliti ketika ini tidak dibenarkan untuk berada di atas jalan raya namun masih dibenarkan beroperasi di laluan pejalan kaki dan sebagainya. Dan berdasarkan peraturan berkenaan, pesalah boleh dikenakan denda RM 300  seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Juga baca: Dah tiba masa, lesen bakal diperkenalkan kepada pengguna 'e-skuter', pembekal perkhidmatan!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda