window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Navigasi GPS di SMART Tunnel kini boleh dilakukan dengan Waze Beacons

Faisal ยท Aug 18, 2020 10:00 AM

Navigasi GPS di SMART Tunnel kini boleh dilakukan dengan Waze Beacons 01

U Mobile, Waze dan terowong SMART (SMART Tunnel) telah  mengumumkan bahawa Waze Beacons kini boleh didapati di SMART Tunnel. Ini membolehkan pemandu mendapatkan navigasi tanpa gangguan semasa memandu di bawah tanah.

Menurut U Mobile, mereka adalah telco pertama yang menghidupkan navigasi GPS tanpa gangguan di dalam terowong dan ciri ini akan memberi manfaat kepada semua peranti mudah alih termasuk pengguna selain U Mobile.

Navigasi GPS di SMART Tunnel kini boleh dilakukan dengan Waze Beacons 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah SMART Tunnel adalah terowong dua tingkat pertama di dunia yang dilengkapi dengan Waze Beacons. Ia diharapkan memberi manfaat kepada 30,000 penumpang yang menggunakan terowong tersebut setiap hari.

Waze Beacon adalah peranti kecil yang menyelesaikan kehilangan isyarat GPS dalam keadaan di mana tidak ada cahaya penglihatan yang jelas daripada langit. Beacon tenaga rendah ini dilengkapi ciri Bluetooth. Pengguna hanya perlu memastikan Bluetooth mereka diaktifkan pada telefon mereka untuk menikmati navigasi yang lancar.

Navigasi GPS di SMART Tunnel kini boleh dilakukan dengan Waze Beacons 01

Sebanyak 240 suar telah dipasang di sepanjang terowong jalan raya berjarak 5.2KM itu. Ketua pengurus eksekutif U Mobile, Jasmine Lee telah berkongsi bahawa suar telah dipasang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Dari segi penyambungan data, terowong dengan dua kegunaan itu telah dilengkapi liputan 4G sejak tahun 2018.

Sebelum ini, Waze telah mengumumkan pada bulan Mac bahawa Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang mendapat Waze Beacons. Kumpulan suar yang pertama telah dipasang di jalan bawah tanah TRX yang menuju ke tempat letak kereta sewaktu dalam pembangunannya. Menurut Waze, suar ini juga memberi maafaat kepada perkhidmatan navigasi lain seperti Google Maps dan ciri ini ditawarkan secara percuma. Pastikan sahaja telefon atau tablet anda menghidupkan fungsi Bluetooth.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda