window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Naya orang kerja di Genting" - Jln. Batang Kali-Genting ditutup setahun ekoran tanah runtuh, ramai 'komplen'

Mersita · Dec 21, 2022 04:00 PM

Arahan penutupan Jalan Batang Kali-Genting selama setahun ekoran tragedi tanah runtuh baru-baru ini mengundang pelbagai aduan dan keluhan orang ramai di media sosial, terutama sekali di kalangan pekerja di Genting Highlands yang bergantung kepada laluan tersebut.

Arahan penutupan jalan itu dikeluarkan Kementerian Kerja Raya (KKR) semalam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang terjadi Jumaat lalu. Difahamkan, anggaran masa setahun ini juga akan digunakan untuk membuat kajian lebih mendalam berhubung pembinaan cerun di lokasi insiden tersebut.

Pengguna jalan raya terpaksa melalui jalan bertol yang lebih jauh jika laluan utama (bertanda merah) Jln. Batang Kali-Genting ditutup. Kredit foto: Nik Huzlan

Menurut tinjauan di laman Facebook MyHuluselangor, banyak pihak meluahkan rasa bimbang dan kecewa jika benar laluan berkenaan ditutup sepanjang tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Hu jauh oii.... Nak ulang-alik hantar anak balik asrama dekat Pahang.... Kena pusing sampai Gombak dulu, mampus...” komen seorang pengguna.

“Mana taknya. Yang kerja Genting stay (duduk) bawah dekat Batang Kali. Takkan nak lalu dekat Tol Gombak. Jauhnya,” keluh seorang pengguna lagi.

“Ramai orang luar tak faham, kita sembang pasal ribuan pekerja yang ulang-alik bekerja di Genting, bukan sembang kau nak melancong dekat sana. Cakap begik marah lak kang,” tulis admin laman Facebook berkenaan bagi memberi penjelasan atas kebimbangan yang diluahkan.

Difahamkan, pihak KKR bakal mengeluarkan panduan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan orang ramai. Buat masa ini, penutupan laluan berkenaan dianggap kritikal bagi menjamin keselamatan orang ramai di masa kini dan juga di masa akan datang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda