window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Neelofa jelaskan tuduhan langgar SOP 4 orang sebuah kereta. Warganet tak habis kecam lagi?

Mersita ยท May 25, 2021 10:00 AM

Neelofa jelaskan tuduhan langgar SOP 4 orang sebuah kereta. Warganet tak habis kecam lagi? 01

Tak habis-habis kontroversi melibatkan selebriti dan usahawan wanita terkenal Malaysia, Noor Neelofa Mohd Noor, dengan masalah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kali ini, ia melibatkan had kapasiti penumpang di dalam kenderaan pula.

Tuduhan itu mula tular di media sosial berikutan satu rakaman video yang menunjukkan Neelofa bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, serta peguamnya masuk ke dalam sebuah BMW 3 Series yang dipandu oleh pemandu Neelofa setelah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin.

Neelofa jelaskan tuduhan langgar SOP 4 orang sebuah kereta. Warganet tak habis kecam lagi? 02

Sumber: MetroTV

Peguam berkenaan dilihat duduk di kerusi penumpang hadapan manakala pasangan pengantin baru itu duduk di barisan belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini menjadikan jumlah penumpang di dalam kereta seramai 4 orang. Menurut arahan di bawah PKP 3.0, hanya 3 individu sahaja dibenarkan berada di dalam satu kenderaan pada satu-satu masa.

Setelah satu lagi dakwaan melanggar SOP yang dikenakan keatasnya, Neelofa tampil memberi penjelasan menerusi akaun Instagramnya.

"Kami hanya menumpangkan beliau dari balai polis ke mahkamah bersebelahan, dengan jarak sekitar 50 meter.

"Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan sama. Kami telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini," jelasnya.

Neelofa jelaskan tuduhan langgar SOP 4 orang sebuah kereta. Warganet tak habis kecam lagi? 01

Neelofa menjelaskan bahawa beliau bersama suaminya pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan sendiri yang dipandu oleh pemandunya. Manakala peguamnya pula pulang dengan menaiki kenderaan sendiri.

"Polis boleh meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami menguruskan peguam di pekarangan mahkamah atau dari luar balai polis. Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham," kata beliau dalam kenyataan itu.

Sumber berita: Astro Awani

Baca juga:

Selepas dikompaun RM 60,000, Neelofa dan suami kini dilihat di Nilai 3 pula?

Notis bukti bergambar rentas negeri diturunkan, Neelofa dan PU Riz disiasat

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda