Negeri ‘Hailak’ tapi Ford Ranger Raptor jadi pilihan untuk Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak

Haris · Dec 13, 2021 01:00 PM

Negeri ‘Hailak’ tapi Ford Ranger Raptor jadi pilihan untuk Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak 01

Imej Ford Ranger Raptor sebagai hiasan

Sarawak adalah sebuah negeri yang terkenal dengan penggunaan trak pikap. 2 model yang popular untuk negeri tersebut adalah Toyota Hilux dan Isuzu D-Max. Walaubagaimanapun, panggilan yang sinonim untuk kesemua trak pikap di sana adalah ‘Hailak’.

Begitulah penangan Toyota Hilux di Sarawak, justeru agak menarik untuk melihat Ford Ranger Raptor menjadi pilihan kepada Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak berdasarkan laporan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Negeri ‘Hailak’ tapi Ford Ranger Raptor jadi pilihan untuk Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak 02

Gambar dari Unit Komunikasi Awam Sarawak

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa kerajaan Negeri Sarawak akan menyampaikan sumbangan merangkumi aset telekomunikasi digital, dron lengkap dengan Pusat Kawalan Operasi berserta kenderaan Ford Ranger Raptor sebagai kenderaan utiliti dron dan Pusat Digital Komuniti meliputi 60 komputer menelan kos RM75 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak. 

Sumbangan ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kawalan keselamatan di sempadan Sarawak daripada serangan luar.

Baca: Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah

Negeri ‘Hailak’ tapi Ford Ranger Raptor jadi pilihan untuk Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sarawak 01

Sebagai rujukan, Ford Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel (213 PS, 500 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Prestasi lasak Raptor diperakui berdasarkan keupayaan sistem gantungan Fox Racing Shox setaraf kereta lumba, Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja yang canggih dan enjin diesel 2.0L Bi Turbo yang dikalibrasi penuh teliti.

Selain itu, trak pikap ini juga dilengkapkan dengan Terrain Management 4WD dan ciri keselamatan seperti Forward Collision Warning (FCW), Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, Lane Departure Warning serta akhir sekali, Kawalan Pelayaran Adaptif.

Baca: Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Sehingga 20% lebih tinggi berbanding harga biasa

2018 Ford Ranger 2.2 XL Standard 4x4 (M)

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru