window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

NGO gesa Elon Musk jangan labur nikel di Indonesia untuk bateri EV, besar padahnya

Mersita ยท Jul 28, 2022 03:00 PM

NGO gesa Elon Musk jangan labur nikel di Indonesia untuk bateri EV, besar padahnya 01

Puluhan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar surat terbuka kepada Elon Musk bagi menggesa pengasas Tesla Inc itu untuk membatalkan hasratnya dalam membuat pelaburan nikel di Indonesia atas kebimbangan pencemaran alam sekitar.

Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) dan Friends of the Earth United States adalah antara NGO yang memprotes pelaburan besar-besaran dalam industri nikel di negara itu, lapor Reuters. Ini adalah susulan pertemuan antara Presiden Indonesia Joko Widodo dan pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu pada April untuk membincangkan peluang pelaburan.

NGO gesa Elon Musk jangan labur nikel di Indonesia untuk bateri EV, besar padahnya 02

Foto: Yahoo

Perbincangan antara pemimpin Republik itu bersama Elon Musk menjadi tumpuan ramai sejak tahun lalu seiring dengan strategi agresif Indonesia untuk menarik pelaburan asing. Seperti ramai sedia maklum, Indonesia mempunyai deposit nikel terbesar di dunia dan berhasrat untuk menjadi pembekal bateri lithium terbesar di dunia. Kerajaan Indonesia turut mengharamkan ekspot nikel bagi memastikan bekalan terbaik tersedia untuk pelabur.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini sudahpun menarik banyak pelaburan asing; misalnya dari Hyundai bernilai USD 1.5 bilion, CATL USD 5.1 bilion, dan juga LG Energy Solution USD 9.8 billion.

Juga baca: Rundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)!

NGO gesa Elon Musk jangan labur nikel di Indonesia untuk bateri EV, besar padahnya 01

EV Genesis G80

Bagaimanapun, pejuang alam sekitar khuatir industri ini akan mendorong lebih banyak pembuangan sisa perlombongan ke lautan. Dalam surat berkenaan, NGO terlibat berkata kerosakan alam sekitar berpunca dari kawasan hutan yang ditukar menjadi kawasan perlombongan nikel. Seperti pembukaan ladang durian di Malaysia yang menyebabkan hutan semakin botak, ini akan turut mengakibatkan pencemaran sungai, tasik, dan pantai.

Juga baca: Rasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80!

NGO gesa Elon Musk jangan labur nikel di Indonesia untuk bateri EV, besar padahnya 02

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di acara pecah tanah kilang pemprosesan nikel LG Energy Solution di di Batang Industrial Estate (KITB), Jawa Tengah

Oleh itu, gabungan NGO terlibat menyarankan pembatalan mana-mana rancangan pelaburan secara langsung dalam industri nikel di Indonesia dan meminta Tesla untuk tidak mengambil nikel dihasilkan negara itu.

Pada tahun 2020, Elon Musk pernah membuat kenyataan yang beliau sedang merancang untuk menawarkan satu kontrak gergasi bagi jangkamasa yang lama, dengan syarat sumber tersebut dilombong dengan kaedah yang cekap sambil memelihara alam sekitar. Sejak itu, Indonesia berusaha untuk melamar Tesla Inc untuk membuat pelaburan bateri EV di negara mereka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia