window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nikmati semua model hybrid Honda e:HEV pada pertunjukan GEN H Event, bermula 3 Jun 2023

Faisal ยท May 27, 2023 02:00 PM

Nikmati semua model hybrid Honda e:HEV pada pertunjukan GEN H Event, bermula 3 Jun 2023 01

Honda Malaysia secara rasminya memulakan 'GEN H Event', iaitu pertunjukan yang bertujuan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memahami dan menikmati teknologi hibrid e:HEV Honda di mana ia kini ditawarkan melalui pelbagai model dalam pasaran Malaysia. 'GEN H Event' secara amnya akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan di fun fair, arkad, uji pandu, bengkel, bazar makanan dan minuman gaya hidup, seni grafiti dan kerjasama dengan artis tempatan serta kawasan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif untuk rakyat Malaysia mengambil bahagian.

Nikmati semua model hybrid Honda e:HEV pada pertunjukan GEN H Event, bermula 3 Jun 2023 02

Honda Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk 'Experience Hybrid, the Honda way' pada tarikh dan lokasi berikut, dan masuk adalah percuma:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Pertunjukan GEN H Honda
Tarikh Masa Lokasi
3 โ€“ 4 Jun 2023 10:00am โ€“ 10:00pm Linear Park, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru
10 โ€“ 11 Jun 2023 11:00am โ€“ 11:00pm Juru Auto City, Penang
17 โ€“ 18 Jun 2023 10:00am โ€“ 10:00pm Stadium Bukit Jalil Car Park C, Kuala Lumpur. (Grand FInale)

Bagi anda yang belum tahu, nadi 1.5L e:HEV pertama kali diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2020 iaitu pada Honda City. Ia juga merupakan kereta RS pertama dengan trenkuasa e:HEV. Kemudian, Honda Malaysia memperkenalkannya pada City Hatchback dan HR-V pada tahun 2022.

Nikmati semua model hybrid Honda e:HEV pada pertunjukan GEN H Event, bermula 3 Jun 2023 01

Sejak pelancaran ketiga-tiga model e:HEV ini, Honda Malaysia telah menjual lebih daripada 2,800 unit City, lebih daripada 1,600 unit City Hatchback, dan lebih daripada 2,600 unit HR-V. Pada November 2022, Honda Malaysia melancarkan nadi 2.0L e:HEV yang canggih dalam model Civic.

Varian ini meningkatkan standard segmen C dengan teknologi hibrid paling canggih. Sehingga kini, Honda Malaysia telah menjual hampir 600 unit Civic e:HEV.

Nikmati semua model hybrid Honda e:HEV pada pertunjukan GEN H Event, bermula 3 Jun 2023 02

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "Honda Malaysia adalah peneraju dalam memperkenalkan teknologi hybrid kepada rakyat Malaysia 19 tahun lalu apabila kami menawarkan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) melalui model Civic Hybrid," Beliau menambah, "Respon terhadap teknologi IMA adalah positif dan kami kemudian memperkenalkan Sport Hybrid i-DCD pada tahun 2017 melalui model City dan Jazz Hybrid yang memberikan nilai berbaloi, menyeronokkan untuk dipandu dan berprestasi tinggi. Impak ini secara tidak langsung telah mengubah persepsi kereta hybrid di kalangan rakyat Malaysia."

Selama lebih daripada 30 tahun, Honda telah melakukan penyelidikan dan pembangunan nadi untuk EV, kenderaan sel bahan api, dan kenderaan hybrid. Ini kerana matlamat utama Honda adalah mencapai keseimbangan karbon dan penawaran trenkuasa elektrik dan hybrid dilihat sebagai sesuatu yang penting dalam matlamat ini.

Nikmati semua model hybrid Honda e:HEV pada pertunjukan GEN H Event, bermula 3 Jun 2023 03

Seiring dengan dunia yang telah berkembang maju, matlamat Honda adalah untuk mengembangkan kenderaan yang menyeronokkan untuk dipandu dan menarik perhatian pelanggan. Dengan itu, Honda Malaysia berharap acara GEN H Event akan menjadi platform menarik untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan sasaran teknologi dan impian Honda untuk mencapat tahap karbon neutral.

Juga bacaTanpa "cheat code", mampukah Honda City e:HEV RS hibrid menamatkan KL-Penang-KL dengan hanya 1 tangki?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda