Nilai jualan semula: Toyota Camry vs Honda Accord – Yang manakah lebih baik?

Faisal · Oct 17, 2020 12:00 AM

Bercakap mengenai sedan segmen D di Malaysia, Toyota Camry dan Honda Accord sering terlintas di fikiran.

Kali ini, kami ingin memberikan perbandingan dari segi harga jualan semula. Oleh itu, anda lebih jelas akan pembelian sebuah sedan segmen D yang cukup memuaskan hati seperti mereka.

Sebelum ini, kami telah melampirkan perbandingan nilai jualan semula untuk Honda City vs Toyota Vios dan Proton Saga vs Perodua Myvi. Carsome telah mengumpul dan memperoleh maklumat mengenai nilai jualan semula untuk kedua-dua model ini.

Maklumat dan rekod daripada Carsome

Maklumat daripada Carsome sememangnya cukup tepat kerana nilai dikira berdasarkan harga transaksi kenderaan.

Menurut Carsome, Honda Accord yang berusia 3 tahun boleh mempertahankan 80 % daripada harga asal. Peratusan ini lebih baik berbanding Toyota Camry yang berupaya mempertahankan sebanyak 61 %.

Tren ini berterusan sehingga tahun ke-5 dimana Honda Accord berupaya mempertahankan 56 % daripada harga asal. Sebagai perbandingan, Toyota Camry berupaya mempertahankan sebanyak 49 %. Oleh itu, Honda Accord mengungguli sedan segmen D dari segi harga jualan semula dimana ia memegang nilai harga yang lebih tinggi dalam masa 5 tahun. Namun demikian, Toyota Camry tidaklah teruk sama sekali.

Untuk kereta yang berusia 5 tahun, kedua-dua model ini mempunyai kelengkapan yang cukup tinggi.

Toyota Camry telah dikemaskini pada tahun 2015 dimana ia menerima pembaharuan dari segi gaya dan kelengkapan. Selain itu, ia menerima pembaharuan tren kuasa melalui enjin 2.0L D-4S yang cukup berteknologi tinggi dan enjin 2.5L hibrid. Di samping itu, varian hibrid dilengkapi dengan 7 beg udara.

Sebagai perbandingan, Honda Accord 2.4 Vti-L tahun 2015 dilengkapi dengan 6 beg udara (2 beg udara untuk 2.0L).

Pada masa yang sama, Accord 2.4 Vti-L didatangkan dengan sistem kamera Honda LaneWatch. Bergantung kepada pengguna, sesetengah pihak berpendapat bahawa sistem ini lebih baik berbanding Blind Spot Monitoring (BSM) pada Toyota Camry 2.5L Hybrid.

Selain itu, kedua-dua model ini mempunyai penyaman udara automatik dengan dwi-zon, penyaman udara di belakang, kawalan pelayaran (cruise control), dan kawalan pelarasan elektronik untuk kerusi hadapan.

Konklusi

Dengan kelebihan yang cukup sengit, pembelian bergantung pada gerak hati anda. Semestinya anda tidak akan menyesal sekiranya anda memilih salah satu daripadanya. 

Komen

Berita Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru