window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ninja King zaman baru, imej gambaran Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru!

Mersita · Aug 29, 2020 02:00 PM

Ninja King zaman baru, imej gambaran Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru! 01

Setelah berada di pasaran selama 15 tahun, Toyota mungkin akan memperkenalkan Toyota Land Cruiser 300 generasi serba baharu pada bulan April 2021.

Land Cruiser generasi seterusnya ini dijangka akan digelar sebagai 300-series, memandangkan generasi terkini dipanggil 200-series.

Ninja King zaman baru, imej gambaran Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru! 02

Toyota Land Cruiser 200-series yang terkini

Berbeza dengan model Toyota generasi terkini dan bahasa rekaan “Keen Look” mereka, ‘rendering’ atau gambaran yang dihasilkan oleh Mag-X menayangkan rekaan yang lebih berevolusi daripada Land Cruiser 200-series yang sekarang. Seperti model-model Toyota lain yang sangat ‘rugged’, Land Cruiser 300 yang akan datang dijangka akan diberi gril hadapan yang lebih menonjol dan diapit dengan lampu hadapan yang tirus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ninja King zaman baru, imej gambaran Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru! 01

Toyota Land Cruiser 200-series yang sekarang

Menurut sumber-sumber dari Jepun, Land Cruiser 300 serba baharu ini dijangka akan dikuasakan oleh enjin V6 berpengecas turbo 3.5 liter yang dikecilkan, dipadankan pula dengan sistem hibrid sederhana. Varian turbodiesel 3.3 liter juga mungkin akan ditawarkan.

Ninja King zaman baru, imej gambaran Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru! 02

Toyota Land Cruiser 200-series yang sekarang

Nama gelaran “Ninja King” mungkin tidak begitu dikenali di Semenanjung Malaysia. Tapi, bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, nama “Ninja King” lebih dikenali ramai berbanding nama “Land Cruiser”.

Apabila ia mula dijual dalam tahun hadapan, ia akan bersaing secara langsung dengan pesaing lain seperti Mercedes-Benz GLS dan BMW X7.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda