window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah

Mersita · Feb 4, 2022 05:00 PM

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 01

Baru-baru ini, satu muatnaik di Facebook menarik perhatian ramai dan membuka mata kita tentang perkara yang boleh dicapai jika lebih ramai orang memberi sumbangan kepada masjid dan NGO pengurusan jenazah. ‘Posting’ oleh Mohammad Yaakub Yusra itu mudah saja soalannya; Kenapa berbelanja lebih untuk van jenazah?

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 02

Tumpuannya di sini adalah keputusan dibuat badan kebajikan Hang Cangkul MADAD yang membeli MPV mewah Kia Carnival 2022 untuk digunakan sebagai pengangkutan membawa jenazah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 01

Sebagai info, Kia Carnival 2022 ini ialah MPV 11 tempat duduk dan baru saja dilancarkan di Malaysia pada awal Januari dengan harga RM 196,340. Model ini juga diimport sepenuhnya dari Korea.

Berikut ialah penjelasan pihaknya tentang pemilihan Kia Carnival 2022 sebagai ganti van jenazah:

Pasti ada saja golongan yang mempersoalkan pembelian ini yang dianggapnya sebagai satu pembaziran. Menurut ‘posting’ berkenaan, memang benar ada yang mempertikaikan kenapa van Toyota Hiace seperti yang digunakan oleh MADAD berkenaan sebelum ini tidak dipilih.

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 02

Bagi yang berminat untuk membandingkan van Toyota Hiace yang biasa digunakan sebagai van jenazah vs. Kia Carnival 2022, boleh rujuk maklumat di bawah:

Spesifikasi & Dimensi Toyota Hiace 2018 vs. Kia Carnival 2022
Model Toyota Hiace (van komersial) Kia Carnival (MPV besar)
Harga RM 103,000 RM 196,340
Enjin 2.5 liter turbodiesel 2.2 liter Smartstream turbodiesel
Transmisi Manual 5 kelajuan Automatik 8 kelajuan
Kuasa/Tork 102 PS/260 Nm 199 PS/440 Nm
Panjang (mm) 4,695 5,155
Lebar (mm) 1,695 1,995
Tinggi (mm) 2,285 1,775
Jarak Roda (mm) 2,570 3,090

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 03

Kebanyakan MPV terutamanya yang berbentuk ‘kotak’ seperti Toyota Alphard, Vellfire, dan Estima juga sering digunakan untuk tujuan pengurusan jenazah dan pengebumian. Di Jepun, Alphard/Vellfire dikenali ramai sebagai ‘van mayat’ bagi tujuan sama.

Baca juga: Beli Toyota Vellfire recond boleh jimat RM 60k. Apa pula risikonya?

Namun, Kia Carnival dianggap lebih sesuai untuk pengurusan jenazah di Malaysia kerana ruang lega buminya (jarak antara bahagian bawah kereta dengan jalan raya) lebih luas (172 mm) berbanding Alphard/Vellfire (160 mm).

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 04

Hyundai Starex

Satu lagi pilihan yang cukup menarik sebenarnya ialah Hyundai Grand Starex (harga dari RM 165,888) yang bersaiz lebih kurang sama namun 150 mm lebih tinggi berbanding Carnival. Namun, dari segi kelengkapan serta kemudahan, Carnival pastinya punyai lebih lagi.

Baca juga: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah 05

Jika lebih ramai umat Islam dan komuniti setempat konsisten dalam sumbangan mereka – walau kecil atau besar – ke jalan Allah, apa salahnya jika masjid boleh naiktaraf kemudahan mereka yang juga akan dinikmati oleh umat sekitar di kemudian hari?

Baca juga: Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire 'recon'?

@wapcar_zamil Boleh bawa family sambil layan K-pop! #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #belajaronline #kelastiktok #kia #kiacarnival #alphard #vellfire ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda