window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand

Faisal · Sep 7, 2020 11:26 AM

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 01

Berikutan acara pra-tonton Nissan Almera baharu oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pada minggu lalu, spesifikasi Almera di Malaysia didatangkan dengan beberapa ciri unik berbanding di Thailand.

Pasaran Thailand tidak didatangkan dengan beberapa kelengkapan ini kerana Nissan harus memastikan kadar penggunaan bahan api bertepatan dengan piawaian program Eco Car fasa 2.

Untuk Malaysia, kita tidak memiliki insentif sebegitu. Hal ini membenarkan ETCM untuk memberikan kelengkapan yang lebih tinggi seperti bahan pengedap bunyi yang lebih baik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara ciri unik pada Almera di Malaysia ialah:

1. Roda aloi 16 inci

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 01

Roda ini didatangkan dengan sentuhan dwi-warna pada varian VLP dan VLT yang bersaiz 205/55 R16. Spesifikasi di Thailand pula hanya mendapat roda bersaiz 15 inci untuk semua varian kecuali varian terendah dimana ia didatangkan dengan roda keluli tanpa penutup roda.

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 02

Nissan Almera spesifikasi Thailand

2. Lampu siang jenis LED

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 03

Walaupun pasaran Thailand mendapatkan lampu yang kelihatan serupa, ia sebenarnya hanya memiliki unit LED pada lampu yang dinyalakan untuk menyuluh ketika mengambil pusingan (positioning light).

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 04

Pada masa yang sama, pasaran Malaysia didatangkan khusus dengan kawalan pelaras paras suluhan lampu (manual headlight levelling).

3. Lampu kabus belakang jenis LED

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 05

Nissan Almera di Malaysia juga didatangkan dengan lampu kabus belakang pada belah kanan, sama seperti model sebelum ini.

Walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan undang-undang United Nations Economics Commision of Europe (UNECE) yang bermula sejak beberapa tahun yang lalu, ketepatan undang-undang ini masih samar.

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 06

Semua model Nissan di Malaysia didatangkan dengan lampu kabus belakang

Oleh itu, syarikat pengeluar kereta menggunakan tetapan yang berbeza untuk ciri ini.

4. Spoiler belakang

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 07

Varian tertinggi (VLT) didatangkan dengan spoiler belakang rekaan tempatan yang memiliki sentuhan gloss black. Ia memberikan sentuhan yang unik dan sporty.

Almera di Thailand tidak didatangkan dengan spoiler belakang sebagai kelengkapan standard, malah roda 16 inci juga adalah aksesori tambahan.

5. Kerusi kulit

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 08

Varian VLP dan VLT didatangkan dengan kerusi berbalut kulit dengan sentuhan warna cerah.

Untuk pengetahuan anda, pasaran Thailand hanya didatangkan dengan kerusi fabrik, malah pilihan kerusi kulit langsung tidak didatangkan.

6. Kerusi belakang dengan lipatan 60:40

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 09

Ciri kerusi belakang yang boleh dilipat ini adalah unik untuk pasaran Malaysia. Untuk maklumat anda, ETCM telah mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk menghadirkan ciri ini.

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 10

Oleh itu, Malaysia ialah pasaran tunggal yang memiliki ciri kerusi belakang yang boleh dilipat pada varian pemanduan sebelah kanan.

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 11

Kerusi belakang Almera di pasaran Malaysia juga didatangkan dengan tempat meletak lengan yang mempunyai ruang pemegang minuman.

7. Kawalan pelayaran (cruise control)

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 12

Walaupun ciri kawalan pelayaran ini bukan jenis adaptif, ia masih berguna sekiranya anda kerap berjalan jauh.

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 13

Pada masa yang sama, ciri ini melengkapkan rupa paras roda stereng Almera yang dikawal melalui butang pada bahagian kanan stereng.

8. Roda ganti

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 14

Semua varian Almera di pasaran Malaysia didatangkan dengan roda ganti sementara bersaiz 15 inci berbanding kit pemulihan tayar pada spesifikasi Thailand. Ciri ini lebih bermanfaat kerana kit pemulihan tayar agak sukar untuk digunakan.

Nissan Almera 2020: 8 ciri dan kelengkapan yang kita miliki berbanding Thailand 15

Ketahui lebih lanjut tentang Nissan Almera baharu di Malaysia daripada liputan rakan kami di dalam video di bawah:

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda