Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli?

Faisal · Nov 3, 2020 05:00 PM

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 01

Nissan Almera terdahulu bukanlah sesuatu yang menarik dari segi penampilan mahupun prestasi tetapi ia merupakan sedan buatan luar negara yang paling murah untuk segmen B.

Dengan perasmian Nissan Almera 2020, pembeli ditawarkan dengan sifat premium melalui peningkatan harga. Kini, ia lebih mahal daripada Honda City 2020.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Adakah ini bermaksud City lebih berbaloi? Mari kita lihati perbandingan di antara dua sedan yang terhangat di dalam segmen B sebelum Toyota Vios 2021 membuat impak.

Perbandingan varian

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 01

Harga termasuk pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember 2020

Seperti yang tertera, Almera didatangkan dengan 3 varian yang menggunakan enjin 1.0L 3-silinder turbo. Walaupun Almera VL berharga RM5,000 lebih mahal daripada City S, harga cukai jalannya lebih murah.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 02

Enjin 1.0L 3-silinder turbo pada Nissan Almera

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 03

Atas: Enjin City S, E, dan V. Bawah: Enjin hibrid City RS

Sebagai perbandingan, Honda City didatangkan dengan 4 varian dimana varian S,E, dan V menggunakan enjin aspirasi natural 1.5L DOHC i-VTEC. Varian RS pula menggunakan enjin hibrid 1.5L i-MMD. Namun begitu, harganya akan diumumkan pada Januari 2021.

Prestasi

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 04

Almera tewas dengan City melalui kuasa sebanyak 100 PS berbanding 121 PS. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa pasaran dimana Almera menggunakan enjin 1.6L aspirasi natural tetapi enjin ini hanya didatangkan untuk pemanduan belah kiri.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 05

Enjin 1.6L aspirasi natural yang digunakan pada Nissan Almera di Amerika

Oleh itu, spesifikasi Malaysia didatangkan dengan enjin yang lebih kecil tetapi lebih berteknologi tinggi.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 06

City pula menggunakan enjin 1.5L DOHC yang menggantikan enjin SOHC terdahulu. Enjin ini berlainan dengan enjin 1.0L 3-silinder turbo yang digunakan di Thailand.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 07

Honda City di Thailand

Walau apapun, daya pecutan Almera terasa lebih gagah kerana ia mempunyai lebih tork melalui teknologi turbo.

Kelengkapan

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 08

Nissan Almera terdahulu merupakan kereta yang cukup ringkas pada varian asas E dimana ia hanya didatangkan dengan beg udara pemandu, sambungan AUX, dan port USB. Malah sambungan Bluetooh tidak didatangkan sama sekali.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 09

Daripada ini...

Kini, varian asas VL sudah didatangkan dengan Bluetooth. Varian pertengahan VLP pula dilengkapi dengan infotainment sesentuh 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 10

...kepada ini

Namun begitu, sokongan Android Auto tidak didatangkan sama sekali. Kekurangan ini boleh mengecewakan pembeli yang menggunakan telefon pintar Android.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 11

Sebagai perbandingan, Honda City hadir dengan infotainment sesentuh 8 inci pada varian E dan ke atas. Sistem ini juga menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 12

Mengenai varian asas, City S masih hadir dengan port USB dan sambungan Bluetooth seperti Almera VL walaupun berharga lebih murah. Menariknya, City S mempunyai corong penyaman udara untuk penumpang belakang.

Ciri keselamatan

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 13

Ciri keselamatan untuk varian teratas pada kedua-dua saingan ini hampir sama. Kedua-duanya dilengkapi dengan 6 beg udara. Walaupun City V mempunyai sistem visual titik buta LaneWatch, Almera VLT mempunyai ciri bantuan keselamatan seperti BSM, RCTA, AEB, dan FCW.

Menariknya, ciri keselamatan seperti brek kecemasan automatik (AEB) dan amaran pelanggaran hadapan (FCW) hadir secara standard pada Nissan Almera. Namun begitu, Almera VL hanya mempunyai 2 beg udara.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 14

Sebagai perbandingan, City S yang berharga lebih murah daripada Almera VL mempunyai 4 beg udara. Namun begitu, ciri bantuan keselamatan Honda Sensing hanya didatangkan pada varian RS yang belum diumumkan harga rasmi.

Konklusi – Ciri keselamatan atau kelengkapan?

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 15

Jika dibandingkan dengan Almera terdahulu, Almera 2020 memberikan peningkatan yang ketara dari segi rupa, kelengkapan, dan harga. Nissan telah menghasilkan sebuah sedan segmen B yang cukup cun. Malah bagi sesentengah pihak, ia kelihatan lebih cun daripada City.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 16

Selain itu, ia dilengkapi dengan AEB dan FCW pada semua varian. Enjin 1.0L pula mengurangkan harga cukai jalan.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 17

Namun begitu, Honda City memberikan nilai yang lebih baik. Ia didatangkan dengan pelbagai ciri seperti sokongan Apple CarPlay dan Android Auto pada harga yang lebih rendah.

Nissan Almera 2020 vs Honda City 2020 – Yang mana patut anda beli? 18

Tidak dinafikan bahawa Nissan Almera terdahulu merupakan pilihan yang ideal untuk pembeli yang mahukan sebuah sedan buatan luar negara yang berharga mampu milik. Kini, pilihan tersebut lebih cenderung kepada Honda City.

Oleh itu, yang manakah menjadi pilihan anda?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru