window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera 2021 (N18) – Satu penantian yang sangat-sangat berbaloi

Mersita · Nov 19, 2021 08:00 PM

Nissan Almera 2021 (N18) – Satu penantian yang sangat-sangat berbaloi 01

Bagi yang pernah memiliki atau memandu Nissan Almera generasi terdahulu (N17), pasti ramai yang kurang berpuas hati dengan pengalaman pemanduannya dan plat nama Nissan Almera juga bukanlah sepopular jenama lain.

Namun kini, setelah kami meluangkan lebih masa dengan Almera generasi N18 serba baru, kami boleh katakan dengan pasti bahawa Nissan kini sememangnya ‘perform’ dan ketara lebih hebat dari dahulu.

Nissan Almera 2021 (N18) – Satu penantian yang sangat-sangat berbaloi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai permulaan, enjin 1.5 liter ‘naturally aspirated’ (NA) berserta kotak gear ‘torque converter’ 4 kelajuan di dalam Almera sudah ‘dibuang jauh-jauh’. Almera N18 generasi baru ini diberi enjin 1.0 liter berpengecas turbo dengan 3 silinder yang lebih moden (100 PS, 152 Nm), dipadankan pula dengan kotak gear CVT.

Perlu diingat, Almera N18 merupakan satu-satunya sedan segmen B yang menawarkan trenkuasa sebegini.

Nissan Almera 2021 (N18) – Satu penantian yang sangat-sangat berbaloi 01

Sebelum anda ‘terpotong stim’ mendengar nama transmisi CVT, unit bersumberkan Jatco yang digunapakai di dalam Almera N18 cukup mengagumkan. Ia mampu meniru peralihan gear seperti DCT ketika kereta sedang bergerak, dan efek ini adalah sesuatu yang amat jarang kita dengar – apatah lagi dari Nissan.

2020 Nissan Almera gear lever

Apabila digabungkan dengan enjin kecil 3 silinder ini, Almera N18 memang jimat minyak. Walaupun dalam keadaan trafik yang sesak, Almera N18 cukup mesra pada dompet anda – purata penggunaan 5 liter/100 km boleh dicapai dengan mudah.

2020 Nissan Almera rear suspension

Walaupun ia berkongsi platform V dengan Almera generasi N17 yang terdahulu, perbezaannya tak nampak ketara. Malah, kabinnya juga sudah diperbaharui.

2020 Nissan Almera dashboard

Dah tak ada papan pemuka kurang menarik dari generasi terdahulu – kini diganti dengan papan pemuka moden dwi-tona berserta paparan infotainment bersaiz besar.

Walaupun infotainmennya cukup responsif dan mudah digunakan, ia hanya menawarkan sokongan Apple CarPlay tanpa mempedulikan pengguna peranti Android.

2020 Nissan Almera meter cluster

Selain daripada kekurangan ini, CVT-nya agak cenderung untuk tersekat-sekat sedikit ketika memecut. Namun, ia bukanlah satu kekurangan yang boleh membuatkan anda rasa nak ‘cancel’ terus dari membeli Almera N18 ini.

Jika anda boleh ‘tutup mata’ dengan kekurangan kecil ini, di tangan anda adalah kereta yang sangat bagus walaupun kurang popular. Almera N18 serba baru pastinya memberikan anda gaya mutu keunggulan ditemani dengan penjimatan minyak serta perincian keselamatan terbaik dalam kelasnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda