window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat?

Haris · Sep 30, 2022 01:00 PM

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 01

Nissan Motor (Thailand) Co., Ltd. dilaporkan sedang bersedia untuk mempersembahkan 2 lagi model hibrid e-Power ke pasaran Thailand. Pelancaran model pertama dijangka seawal tahun 2023.

Hal ini didedahkan oleh laman Autofun.th berikutan kejayaan Nissan Kicks e-Power 2022 di sana yang menyaksikan model generasi kedua merombak keseluruhan rangkaian kuasa dengan pilihan kelengkapan dan harga berpatutan.

Walaupun terdapat masalah pengeluaran untuk mengikuti penghantaran kepada pelanggan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa Nissan berada di landasan yang betul dalam menawarkan rangkaian kuasa elektrik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model pertama: Nissan Almera

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 01

Pada asalnya, Nissan Almera ialah kereta "eco" dengan hasil jualan yang konsisten dan memuaskan. Di sana, ia konsisten memegang kedudukan 5 teratas dalam segmen sedan kecil. Angka jualan terkumpul adalah lebih daripada 240,000 unit sepanjang pengeluaran bertahun-tahun di Thailand.

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 02

Persaingan dalam sedan segmen-B lebih sengit. Gergasi seperti Toyota menawarkan baru sahaja mengemaskini Yaris Ativ (Vios di Malaysia) dengan generasi baharu yang dilengkapi dengan lebih banyak ciri kelengkapan dan sistem keselamatan pada harga berpatutan.

Toyota Yaris Ativ di sana juga dijangka akan menawarkan sistem hibrid Toyota.

Baca: 2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional?

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 03

Memandangkan persaingan semakin sengit, ditambah pula dengan penstrukturan cukai eksais baharu dan keinginan untuk mengambil kesempatan untuk menambah barisan pemasangan hibrid bateri e-Power di kilang Bangna-Trad, Nissan mungkin memutuskan untuk memperkenalkan Nissan Almera e-Power kepada pasaran domestik itu tidak lama lagi.

Terdapat kemungkinan bahawa Nissan Almera e-Power akan berkongsi trenkuasa yang sama Nissan Kicks e-Power.

Baca: Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir?

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 04

Enjin petrol 1.2 liter HR12 DE menjana elektrik untuk bateri 2.06 kWj menjadi menjadi sasaran utama. Ini digabungkan dengan kuasa motor elektrik 136 PS kuasa kuda dan tork 280 Nm, dipasangkan dengan transmisi satu kelajuan. Terdapat mod pemanduan Normal, Sport dan Eco sebagai piihan.

Ketika ini, Nissan Almera dengan enjin 1.0 turbo dijual pada harga THB 515,000 (RM 62,917) sehingga THB 695,000 (RM 84,907) justeru model hibrid dijangka akan ditawarkan sebagai varian mercu seperti mana Honda City RS e:HEV. 

Model kedua: Nissan Serena

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 05

Kredit: maji_4123

Masih belum dapat dipastikan model Nissan kedua yang akan menggunakan e-Power tetapi selepas beberapa intipan Nissan Serena di Thailand yang menguji prestasi berkali-kali, model ini adalah calon paling sesuai.

Untuk makluman anda, MPV ini tidak pernah dijual di sana tetapi unit yang penuh dengan pelekat samaran ini mungkin untuk kajian kebolehpasaran dalaman Nissan.

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 06

Kredit: Car2Day

Di beberapa pasaran termasuk Jepun, MPV ini ditawarkan dengan enjin 1.2L hibrid e-Power (136 PS, 320 Nm). Enjin ini juga dikongsikan dengan Nissan Kicks e-Power namun dengan talaan tork yang lebih tinggi.

Baca: Spyshot: Nissan Serena 2023 generasi C28 diintip di Thailand pula, kali ini nampak gril depan!

Nissan Almera dengan hibrid e-Power bakal menjengah Thailand, pesaing City RS terdekat? 07

Enjin 2.0L (150 PS, 200 Nm) yang diguna pada varian S-Hybrid mungkin tidak diteruskan. Ketika ini, Nissan Serena facelift di Malaysia (C27) masih menawarkan enjin ini.

Kedua-dua model pasaran Thailand ini boleh mencerminkan prospek pasaran di Malaysia malah kedua-duanya masih menjadi model popular yang menjadi asas kepada penjualan Nissan Malaysia (ETCM). Oleh itu, bila agaknya rakyat Malaysia dapat merasai kelebihan hibrid e-Power ini?

Baca ulasan kami mengenai sistem hibrid e-Power di Malaysia melalui satu-satunya Nissan Note generasi lama yang digunakan bagi tujuan kajian domestik di pautan berikut. Kredit: Autofun.th

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda