window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera lebih laku daripada Toyota Vios di Thailand Februari lalu. Akhirnya!

Mersita · Apr 6, 2021 09:00 AM

Nissan Almera lebih laku daripada Toyota Vios di Thailand Februari lalu. Akhirnya! 01

Nissan Almera serba baru seringkali disisihkan sebagai kereta yang kurang daya tarikannya berbanding Honda City dan Toyota Vios. Walaupun ia pilihan kurang popular di kalangan pembeli, Almera sebenarnya salah satu sedan segmen B yang didatangkan dalam pakej yang cukup hebat untuk bersaing dengan yang lain.

Merujuk pada perkongsian Headlightmag, prestasi jualan bagi sedan subkompak segmen B di Thailand menunjukkan Nissan Almera berjaya merekodkan jualan lebih tinggi berbanding pesaing rapatnya iaitu Toyota Yaris ATIV (Toyota Vios di pasaran Malaysia) pada bulan Februari 2021.

Nissan Almera lebih laku daripada Toyota Vios di Thailand Februari lalu. Akhirnya! 02

Sumber: Headlightmag

Nissan Almera berjaya mencatat jualan sebanyak 1,454 unit sehingga melayakkannya berada di tempat kedua – 298 unit lebih banyak daripada Toyota Yaris ATIV yang mencatatkan jualan 1,156 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City tampak selesa di tempat pertama, jauh meninggalkan pesaing di bawahnya dengan jumlah jualan 2,577 unit pada bulan sama.

Nissan Almera lebih laku daripada Toyota Vios di Thailand Februari lalu. Akhirnya! 01

Sumber: Headlightmag

Jumlah keseluruhan jualan sedan segmen B dari Januari 2021 hingga Februari 2021 di pasaran Thailand ialah 13,608 unit. Honda City masih mendominasi segmen ini dengan memegang 33.6 peratus bahagian pasaran (4,576 unit), di tempat kedua Toyota Yaris ATIV dengan 19.9 peratus (2,704 unit), dan mengekori rapat di tempat ketiga Nissan Almera dengan 19.5 peratus (2,652 unit).

Baca juga: Nissan Almera N18 baru sangat padu, tapi kenapa ramai beli Honda City dan Toyota Vios?

Nissan Almera lebih laku daripada Toyota Vios di Thailand Februari lalu. Akhirnya! 02

Nissan Almera serba baru pasaran Thailand dikuasakan oleh enjin HRA0 1.0 liter turbo 3 silinder (100 PS/ 152 Nm) dipadankan bersama CVT, dijual pada harga bermula dari THB 499,000 – 639,000 (~RM 65,910.16 – 84,401.98).

Baca juga: Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM?

Nissan Almera lebih laku daripada Toyota Vios di Thailand Februari lalu. Akhirnya! 03

Toyota Yaris ATIV (Vios) di sana pula didatangkan dengan enjin 1.2 liter DOHC Dual VVT-iE 4 silinder (92 PS/109 Nm) dipadankan bersama Automatic Super CVT-i, dijual pada harga bermula THB 539,000 – 674,000 (~RM 71,193.54 – 89,024.94).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda