window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS?

Haris · Jun 2, 2021 03:00 PM

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 01

Nissan Thailand telah melancarkan Nissan Almera Sportech, varian edisi khas Nissan Almera yang dilengkapi dengan kemas kini luaran dan dalaman. Edisi Sportech ini ditala oleh Autech Japan Inc, syarikat 'tuner' yang khusus dalam memberi nilai tambah kepada model Nissan.

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 02

Nissan Almera Sportech tampil lebih sporty dengan bumper depan dan belakang baru dengan hiasan perak, gril depan hitam berkilat, spoiler belakang sporty baru dengan logo Sportech pada bahagian bonet belakang, cermin sisi berwarna perak dengan lampu isyarat dan rim aloi hitam dua tona 15-inci.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 01

Bahagian dalaman Nissan Almera yang terkenal dengan ruang dan keselesaan turut dikemaskini. Kabin penumpang yang bergaya mempunyai bahan berkualiti tinggi seperti konsol depan, panel pintu depan dan belakang dengan kemasan hitam dan jahitan kontras kelabu gelap.

Untuk meningkatkan lagi rekaan kabin yang sporty, corong udara sisi kini berwarna metalik gelap, dengan hiasan hitam piano pada tombol gear dan jejari roda stereng.

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 02

Selain daripada perubahan estetik, tiada kemas kini dari segi ciri kelengkapan dan kuasa. Enjin 3-silinder 1.0 liter bercaj turbo HRA0 (HR10DET untuk Malaysia), masih menghasilkan output maksimum 100 PS dan 152 Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik jenis CVT.

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 03

Turut didapati dalam warna hitam

Model Nissan Almera Sportech tidak dijual sebagai varian paling atas, seperti mana pesaing Honda City RS dan Toyota Vios GR-Sport. Ia boleh didapati sebagai kit tambahan kepada varian V dan VL (2 varian teratas Nissan Almera pasaran Thailand). Varian Nissan Almera di Thailand adalah E, V dan VL mengikut tahap paling rendah ke paling tinggi. 

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 04

Situasi pasaran kini sedang bertambah baik untuk Nissan Almera di Thailand - pada bulan Februari (mengikut data terbaru), ia mengalahkan Toyota Vios tetapi masih berada di belakang Honda City dalam senarai penjualan laris sedan segmen B.

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 05

Namun di Malaysia, Nissan Almera dilihat masih bergelut jualan untuk dilihat di atas jalan raya. Pada hemat kami, Nissan Almera merupakan sebuah produk yang sangat baik bagi sedan segmen B - lebih unik jika dibandingkan dengan Honda City dan Toyota Vios. Kemasan dalaman dan ruang kabin pada Nissan Almera juga setanding dengan Honda City.

Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS? 06

Nissan Almera pasaran Malaysia

Untuk rujukan, berikut adalah harga Nissan Almera generasi N18 di Malaysia:

Harga Nissan Almera 2020 di Malaysia
Varian Harga
1.0 V RM 79,906
1.0 VLP RM 85,715
1.0 VLT RM 91,310
Harga atas jalan tanpa SST dan insurans. Sah sehingga 31-Dec 2021

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda