Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM?

Zamil Syaheer · Dec 23, 2020 08:00 PM

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 01

Dilancarkan pada bulan September yang lalu, Nissan Almera Turbo 2020 yang baru ini merupakan ‘game changer’ kepada Nissan di Malaysia. Jika sebelum ini produk Nissan agak hambar dan sedikit ketinggalan berbanding pesaing besarnya iaitu Toyota dan Honda, Almera baru ini ingin merubah tanggapan anda terhadap Nissan.

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 02

UNDI DI SINI!

Oleh sebab itulah, ianya tersenarai sebagai calon Kereta Tahun 2020 WapCar - BM. Jadi, apakah serba serbi yang membuatkan Almera ini satu pakej yang menarik berbanding Honda City ataupun Toyota Vios, pesaing utama dalam segmen ini?

Kekuatan Nissan Almera Turbo 2020 – ‘balanced’ di antara rupa, kuasa dan kelengkapan

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 03

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berbanding Nissan Almera yang terdahulu, perbezaannya amat ketara – langit dan bumi.

Perubahan reka bentuk luaran dan dalaman serta trenkuasa yang baru ini bukan gimik atau hanya “tukar kulit”. Tidak, kerana Nissan telah memberi fokus yang lebih kepada pengalaman pemanduan, talaan suspensi, tahap keselesaan, serta menjadikannya selamat dan efisyen.

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 01

Penggunaan enjin 1.0 liter turbo dengan 100 PS dan 152 Nm tork untuk sebuah sedan adalah satu perkara yang janggal. Maklumlah, selalu enjin berseseran serendah ini digunakan oleh Perodua Axia. Ini menimbulkan persoalan ini di mulut kebanyakkan orang - “1.0 liter je, boleh gerak ke Almera ni?”

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 02

Jawapannya – ya, boleh tanpa sebarang masalah! Malah ia mampu mengekalkan kelajuan yang lebih dari had laju kebangsaan dengan mudah.

Tambahan pula, ia menjimatkan minyak (5.8 liter/100km pada ujian kami, lebih jimat berbanding pesaingnya) dan juga cukai jalan anda! Inilah bukti kehebatan serta betapa maju teknologi moden pada masa kini.

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 03

Kalau dahulunya pengalaman pemanduan Almera boleh dikatakan agak bosan, kali ini ianya sebuah sedan yang sangat seronok untuk dipandu. Ia mampu mengambil selekoh tanpa olengan badan yang ketara dan tidak ‘gemuruh’.

Nissan telah menala sistem suspensi Almera ini dengan memberikan sedikit perwatakan sporty, jadi ianya sedikit keras tetapi masih lagi selesa di bandar mahupun lebuh raya.

2020 Nissan Almera front seats

Penggunaan tempat duduk Zero Gravity serta kabin yang luas lagi senyap menaikkan lagi tahap keselesaan pada Almera Turbo ini.

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 05

Tahukah anda, Almera untuk pasaran Malaysia mempunyai lebih banyak penebat bunyi berbanding model dari Thailand?

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 06

Perincian yang diperhalusi turut merangkumi enjin 3 silinder. Walaupun terkenal dengan gegaran, enjin 3 silinder pada Nissan Almera Turbo tidak memberikan sebarang gegaran yang ketara pada stereng ataupun pedal minyak.

Perbandingan Enjin
Model Honda City Nissan Almera Toyota Vios
Enjin 1.5 liter NA 1.0 liter Turbo 1.5 liter NA
Silinder 4 3 4
Kuasa kuda 121 PS 100 PS 107 PS
Tork 145 Nm 152 Nm 140 Nm

Uish, macam gempak je, biar betul?

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 07

Kalau tak gempak, mestilah Nissan Almera Turbo ini tidak tersenarai dalam pilihan Kereta Tahun 2020 WapCar – BM, betul tak?

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 08

Seperti yang kami nyatakan pada permulaan artikel ini, Nissan Almera Turbo baru ini merupakan sebuah produk ‘game changer’ baik kepada Nissan mahupun sedan segmen B itu sendiri.

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 09

Ianya satu-satunya sedan segmen B yang dikuasakan dengan enjin turbo dan mempunyai rupa luaran yang seakan-akan sedan segmen C.

Model/Varian

Honda City

Nissan Almera

Toyota Vios

Asas

S - RM 74,191

VL - RM 79,906

J - RM 74,623

Pertengahan

E - RM 81,664

VLP - RM 85,715

E- RM 82,593

Tinggi

V - RM 86,561

VLT - RM 91,310

G - RM 87,584

Senang cerita – gaya ada, trenkuasa mantap, bab keselamatan cun, dan kabin yang luas serta senyap. Namun, anda kena tahu bahawa harganya sedikit mahal baik dari varian aras mula sehinggalah tertinggi.

Nissan Almera Turbo – boleh menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 10

Tetapi kami dari WapCar sangat menyukai kereta ini, termasuklah saya sendiri! Disebabkan itulah Nissan Almera Turbo 2020 layak menerima anugerah Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020).

Kami tak mahu syok sendiri, anda tentukan! Jika anda bersetuju, undi model ini di laman undian WapCar yang sudahpun dibuka sejak 18 Disember 2020.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2018 Nissan Almera 1.5L E AT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru