Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC?

Faisal · Sep 25, 2020 02:00 AM

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 01

Menurut Nissan, enjin HR10DET serba baharu yang terdapat pada Nissan Almera 2020 merupakan enjin yang cukup hebat dimana ia menawarkan keseimbangan dari segi prestasi dan penjimatan minyak.

Enjin turbo!

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Seperti yang anda tahu, ia didatangkan dengan enjin 1.0 liter turbo dengan 3-silinder. Ia menghasilkan 100 PS dan 152 Nm tork @ 2,400 – 4,000 rpm. Janaan maksimum pada putaran rpm yang lebih rendah memberikan kemudahan dari segi pecutan.

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 01

Antara teknologi yang dimiliki ialah picu wastegate jenis elektronik yang mempunyai pengesan untuk mengawal pemampatan turbo. Ia berfungsi untuk mengurangkan turbo lag bagi memberikan pecutan yang lebih padu.

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 02

Selain itu, ia turut memiliki teknologi salutan Mirror Bore yang diambil terus daripada supercar Nissan GT-R. Untuk maklumat anda, salutan ini mengurangkan geseran di dalam enjin untuk memberikan prestasi yang lebih efisien.

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 03

Rupa paras salutan Mirror Bore di dalam bahagian enjin

Lapisan salutan Mirror Bore ini mempunyai besi yang lebih halus seperti cermin untuk melancarkan pergerakan injap di dalam silinder.

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 04

Perbandingan teknologi salutan Mirror Bore berbanding convensional

Pada masa yang sama, teknologi ini turut memberikan penyejukan enjin yang lebih baik disamping meningkatkan prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api.

Nissan menyatakan bahawa Almera mencatat penggunaan bahan api sebanyak 18.4 km/L (5.4 L/100 km). Ini bermaksud ia boleh mencecah 650 km dengan satu isian yang penuh (35 liter).

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 05

Bercakap mengenai enjin, Honda lebih mengutamakan varian tertinggi City Hybrid RS dengan enjin i-MMD. Honda City yang konvensional pula didatangkan dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC dimana ia bersaing terus dengan enjin 1.0 liter turbo pada Nissan Almera ini.

Transmisi yang dikemaskini!

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 06

Transmisi CVT Xtronic dengan sistem D-Step Logic yang dipadankan dengan enjin 1.0 liter turbo ini menggunakan perisian komputer yang mengambil input daripada kelajuan kereta, posisi pedal minyak, dan kecerunan jalan untuk memberikan nisbah gear yang ideal supaya daya pecutan terasa lancar dan konsisten.

Nissan Almera Turbo: Satu tangki penuh mencecah 650 km, lebih jimat daripada Honda City i-VTEC? 07

Sekiranya anda memerlukan lebih daya pecutan, terdapat mod pemanduan Sport yang memegang gear dengan lebih lama untuk pecutan yang lebih cepat.

Rakan kami Adrian telah memandu uji Nissan Almera 2020 dan beliau mendapati bahawa gabungan teknologi untuk tren kuasa baharu ini ternyata cukup lancar. Tidak dinafikan bahawa faktor penyerap hentakan enjin yang lebih lembut, tambahan pada pengedap bunyi, dan posisi cermin sisi yang lebih strategik menyumbang kepada kabin yang lebih senyap dan pemanduan yang lebih menenangkan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2018 Nissan Almera 1.5L E AT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru