window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025?

Haris · Nov 9, 2020 06:00 PM

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 01

Nissan GT-R mungkin sebuah model yang sangat lama di pasaran. Walaupun lama, ia tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 02

Walaupun kebanyakan pesaingnya telah menerima generasi baru, Godzilla telah berada di pasaran sejak 2007 dengan kemas kini terbaru yang dilancarkan pada tahun 2017. Namun, menurut satu media Jepun, Nissan dikatakan sedang merancang untuk GT-R generasi berikutnya dilancarkan pada tahun 2025.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 01

Menurut maklumat yang diperoleh oleh Best Car Web, Nissan mempunyai rancangan untuk membangunkan Nissan GT-R generasi baru. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut ditangguhkan buat masa ini dengan generasi R35 sekarang diteruskan pengeluaran sehingga 2022.

Ini bermaksud bahawa generasi R35 akan dihasilkan selama 15 tahun! GT-R bukan sahaja menjadi salah satu kereta sport versi pengeluaran paling tua tetapi juga model pengeluaran paling lama di dunia.

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 02

Menurut sumber, Nissan GT-R R35 akan menjalani pengeluaran terakhir pada tahun 2022 dan ia akan senyap selama 3 tahun. Macam plot sebuah cerita mengenai raksasa kaiju yang kita pernah tonton, kan?

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 03

Bagi generasi GT-R 2025 tersebut - mungkin dikenali dengan nama R36 - ia mungkin akan dikuasakan oleh enjin jenis mild hybrid. Perinciannya tidak begitu jelas buat masa ini tetapi rancangannya adalah untuk memasang generator starter bersepadu (ISG) ke enjin V6 3.8 liter yang ada.

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 04

Hal ini kerana, adalah sukar untuk membangunkan kereta berprestasi tinggi di masa hadapan dengan peraturan pelepasan karbon yang lebih ketat dan piawaian penggunaan bahan api yang tinggi. Oleh itu, ISG akan dipasang untuk membantu meningkatkan penggunaan bahan api dengan tujuan meningkatkan penggunaan bahan api Nissan GT-R 2025 sehingga 10 km / L berbanding dengan 7.8 km / L sebelum ini.

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 05

Untuk rekaan luarannya, gambar ini dihasilkan dari pasukan Best Car Web. Nissan GT-R 2025 R36 nampaknya akan mengekalkan garisan badan R35 yang elegan. Hal ini kerana, seperti Nissan Z Proto, model GT-R juga mungkin menggunakan platform yang sama dengan generasi terdahulu.

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 06

Walau bagaimanapun, walaupun kelihatan futuristik, bahagian belakang yang direka semula mungkin mencetuskan perdebatan dengan lampu belakang berkembar ikonik dengan jalur. Sekali lagi, ini hanyalah sebuah imej render, bukan rekaan rasmi dari Nissan.

Nissan GT-R R36 bakal tampil dengan enjin hybrid tahun 2025? 07

Nissan sememangnya lebih terkenal dengan model kereta berprestasi tinggi namun nasibnya kini makin samar-samar. Dengan pelancaran Nissan Almera 2020 baru, adakah Nissan akan kembali ke landasan keuntungan selepas selama ini dibayangi jenama lain?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda