window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k!

Haris Β· Sep 14, 2021 03:00 PM

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 01

Nissan Motor Company Ltd dengan bangganya telah melancarkan Nissan GT-R T-Spec 2022. Model lagenda daripada Nissan ini sudah 14 tahun dalam pengeluaran dan model Nissan GT-R T-Spec 2022 tampil dengan warna yang sangat eksklusif, sebagai penghormatan kepada Nissan GT-R generasi kedua R33 dan R34.

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 02

Millenium Jade

2 pilihan warna tersebut adalah pertama, warna Millenium Jade. Warna ini kali terakhir digunakan pada Nissan GT-R R34 V-Spec II Nür, model GT-R paling sukar ditemui dalam keseluruhan generasi GT-R.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 01

Midnight Purple

Warna kedua adalah Midnight Purple yang merupakan "tafsiran moden" dua model berwarna Midnight Purple sebelum ini - Nissan GT-R edisi khas Midnight Opal yang dikeluarkan pada tahun 2014, dan Midnight Purple III dari Nissan Skyline R34 V-Spec.

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 02

Pilihan trenkuasa dikekalkan untuk Nissan GT-R masih lagi menagih enjin V6 3.8 liter turbocaj berkembar VR38DETT (572 PS, 421 Nm) yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan. Kesemua kuasa ini disalurkan ke semua roda melalui pacuan AWD.

 

2 model yang ditawarkan adalah Nissan GT-R Premium Edition T-spec dan Nissan GT-R T-Spec Track edition yang ditala oleh NISMO.

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 03

Bahagian depan menggunakan fender yang lebih lebar (seperti Track Edition) dan spoiler gentian karbon yang lebih ringan. Corong udara brek pula diambil daripada Nissan GT-R Nismo manakala brek karbon-seramik terlindung di belakang rim aluminium tempa dari Rays.

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 04

GT-R Premium edition T-spec

Pada bahagian dalam, Nissan GT-R 2022 T-Spec kekal dengan rekaan GT-R biasa tetapi menawarkan lencana T-Spec di pelbagai tempat dengan pilihan kemasan kulit, baldu dan Alcantara. Warna kabin dalaman baharu turut ditawarkan iaitu Mori Green (Hijau Mori).

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 05

Model Nissan GT-R T-Spec 2022 menekankan kelebihan dari segi cengkaman (Traction) di mana T-Spec merujuk kepada ‘Traction Spec’ atau ‘Traction Master Spec’ yang memberikan lebih sensasi pemanduan pada bahagian selekoh atau ketika permukaan jalan licin.

Harga bagi Nissan GT-R Premium edition T-spec adalah 15,904,900 Yen (RM 599,846) manakala Nissan GT-R T-Spec Track edition adalah 17,881,600 Yen (RM 674,396).

Nissan GT-R T-Spec 2022 dilancarkan - 2 warna eksklusif, terhad 100 unit, harga dari RM 599k! 06

GT-R Track edition oleh NISMO T-spec

Nissan mengatakan bahawa Nissan GT-R T-spec 2022 diposisikan di atas Nissan GT-R Premium dan hanya 100 unit pengeluaran yang ditawarkan untuk model ini. Tempahan Nissan GT-R Premium Edition T-Spec dibuka selama 2 minggu bermula daripada 15 September 2021 hingga 29 September 2021. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar Nissan High Performance Center di Jepun.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda