window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V!

Zamil Syaheer · Dec 2, 2020 07:00 PM

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 01

Sebut saja gerangan SUV segmen B, tak sah kalau tak sebut Proton X50 dan Honda HR-V. Masuk tahun 2021 pula, siap sedia untuk kedatangan pencabar baru dalam segmen ini iaitu Nissan Kicks 2021.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 02

Memang tidak dinafikan banyak pengeluar kereta berlumba-lumba nak keluarkan SUV segmen B mereka dengan hasil penjualan dan penerimaan yang bercampur aduk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan tibanya Nissan Kicks di Malaysia, ia bakal memberi dinamik dan pilihan yang unik berbanding SUV kontemporari di dalam segmen B.

Sepatutnya dilancarkan pada tahun 2020?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 01

Ya betul. Pandemik Covid-19 masih belum berakhir, dan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pun tengah fokus dengan Nissan Almera serba baru, memang pelancaran Nissan Kicks terpaksa ditunda ke tahun depan.

Nissan Kicks pakai tren kuasa apa?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 02

Berdasarkan apa yang kami lihat di Thailand dan Indonesia, besar kemungkinan Kicks untuk pasaran kita bakal dilengkapi dengan tren kuasa e-Power hibrid-elektrik. Sebut pasal Thailand, unit untuk pasaran Malaysia mungkin diimpot sepenuhnya macam di pasaran Jepun.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 03

Nissan e-Kicks dikuasakan oleh enjin hibrid yang menggunakan enjin petrol 3-silinder 1.2 liter sebagai penjana untuk mengecas pek bateri lithium-ion.

Bateri tersebut kemudiannya akan menggerakkan motor elektrik yang memberikan Kicks e-Power 129 PS kuasa kuda dan 260 Nm tork untuk menggerakkan roda depan.

Takde varian petrol lah eh?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 04

Nampak gayanya tidak, walaupun ada Nissan Kicks versi petrol tetapi ianya untuk pasaran India.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 05

Kalau korang nak tahu, Nissan Kicks untuk pasaran India berbeza dari Kicks di pasaran lain kerana ianya menggunakan platform Renault B0. Untuk pasaran selain India, Nissan menggunakan platform V, sama seperti Almera baru.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 06

Nissan Kicks pasaran India menggunakan enjin 1.3 liter bercas turbo (158 PS/254 Nm) atau 1.5 liter aspirasi natural petrol (107 PS/142 Nm). Engine bercas turbo ini dikembangkan bersama Mercedes-Benz tapi jangan syok sangat – kita takkan dapat enjin ni.

Ada teknologi menarik pada Nissan Kicks 2021?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 07

Selain trenkuasa hibrid-elektrik, Nissan Kicks juga bakal menggunakan teknologi yang sama pada Nissan Leaf.

Model ini juga dilengkapi dengan fungsi One-Pedal seperti yang dilihat pada Nissan Leaf serba baru. Ini membolehkan pemandu memecut dan brek hanya menggunakan satu pedal sahaja (pedal minyak) untuk pengalaman pemanduan yang lebih santai di kawasan bandar.

Praktikal tak?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 08

Sangat praktikal. Ruang but untuk Nissan Kicks seluas 432 liter, kurang sikit sahaja berbanding 437 liter pada HR-V tetapi jauh dihadapan Proton X50 yang hanya ada 330 liter dengan semua tempat duduk dinaikkan.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 09

Bukan itu saja, malah Nissan Kicks juga ‘tapau’ pesaingnya yang lain dari segi dimensi. Ianya lebih panjang, lebar, dan tinggi daripada X50 dan juga HR-V. Kompak sangat lah ye…

Selamat tak?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 10

Sudah tentu Nissan tidak mahu kalah dari segi keselamatan. Di Thailand, terdapat 4 varian Kicks e-Power yang dilengkapi dengan ciri keselamatan standard termasuk ABS, ESC, BA, dan 6 beg udara.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 11

Kicks untuk Malaysia dijangka hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemandu ADAS seperti AEB, FCW, ACC, Around View Monitor, BSM, dan RCTA.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 12

Memang benar Proton X50 mempunyai ciri keselamatan berautonomi Level 2 yang sama seperti Tesla tapi mana satu SUV segmen B yang paling selamat mengikut ujian ASEAN NCAP? Petunjuk: lihat tajuk artikel ini.

'Confirm' ke datang Malaysia?

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 13

Nissan Kicks sudah lama menjadi model yang ingin dilancarkan oleh ETCM semenjak tahun 2018. Tetapi pada masa itu trenkuasa hibrid e-Power masih lagi dalam pembangunan, jadi pelancaran model ini terpaksa ditangguhkan.

Kali ini, Nissan Kicks sudahpun dilancarkan di kebanyakkan negara jiran kita. Oleh itu tidak salah untuk membuat jangkaan pelancaran tahun depan untuk SUV cilik ini.

Nissan Kicks 2021 bakal tiba di Malaysia tahun depan – jaga-jaga X50 dan HR-V! 14

Nissan tidak ada SUV segmen B sejak sekian lama, dan tiada masa yang lebih sesuai untuk melancarkannya di Malaysia bagi merancakkan pasaran SUV di Malaysia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Kicks International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda