window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir?

Haris · Feb 3, 2022 06:00 PM

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir?

Edaran Tan Ching Motor telah memuat naik iklan promosi Tahun Baharu Cina mereka. Menariknya, beberapa model yang dipaparkan masih belum ditawarkan di Malaysia. Jika iklan tersebut merupakan penanda aras terhadap apa yang bakal ditawarkan, Nissan Malaysia nampaknya akan bersiap sedia untuk tahun yang sibuk pada 2022 ini.

Apa yang pantas menggoda kami adalah imej acah Nissan Kicks e-Power, SUV segmen B yang merupakan model yang berpotensi untuk mencabar status quo Proton X50 di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum ini, kami telah lama merisik bahawa Nissan Kicks sememangnya berpotensi untuk ditawarkan di Malaysia, apatah lagi sudah menjengah negara jiran. Apa yang membuatkan ini penting adalah, ini kali pertama ETCM sendiri yang mengacah SUV tersebut.

Baca: Nissan Kicks e-Power dilancarkan di Indonesia. Bakal hadir ke Malaysia tahun 2021?

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir? 01

Tangkap layar Nissan Kicks e-Power dalam video

Nissan Kicks juga adalah jawapan Nissan kepada model seperti Honda HR-VToyota Corolla Cross dan Hyundai Kona.

Selain reka bentuk SUV yang menarik, 2022 Nissan Kicks juga akan memperkenalkan sistem hibrid e-Power syarikat itu di Malaysia.

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir? 02

Secara definisinya, pacuan Nissan e-Power ialah siri hibrid yang langsung tidak sama seperti sistem Honda i-MMD dan Toyota Hybrid Synergy Drive, yang merupakan hibrid siri selari (parallel hybrid).

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir? 03

Dalam kes Nissan Note e-Power, enjin tidak memacu roda dan hanya digunakan sebagai penjana untuk mengecas bateri voltan tinggi. Hal ini berbeza dengan hibrid siri selari di mana enjin memacu roda di samping mengecas bateri voltan yang tinggi.

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir? 04

Bahagian enjin Nissan Note e-Power

Di bawah hudnya terdapat enjin tiga silinder 1.2 liter yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik. Motor elektrik tersebut menghasilkan 129 PS dan tork 260 Nm.

Memandangkan ia adalah kenderaan yang dipacu motor elektrik, Nissan Kicks e-Power tidak memerlukan sebarang 'kotak gear' untuk menghantar kuasa ke roda hadapan.

Thailand adalah satu-satunya negara di luar Jepun yang mengeluarkan model Nissan hibrid e-Power, justeru Nissan Kicks e-Power yang dieksport ke Indonesia, Singapura, malah Jepun semuanya datang dari jiran kita di utara.

Baca: Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan?

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir? 05

Ciri-ciri ketara lain bagi rangkaian lengkap ciri keselamatan ADAS Nissan Kicks merangkumi Forward Collision Warning (FCW), Sistem Brek Kecemasan Pintar dan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) – bergantung pada pasaran dan varian.

Buat masa ini, Nissan Kicks sudah pun dijual di Thailand, Indonesia dan Singapura.

Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir? 06

Jika kita mengambil Thailand sebagai contoh, harga Nissan Kicks e-Power berharga antara THB 889k (RM 112k) dan THB 1.049 juta (RM 132k) – walaupun ini bukan perbandingan yang mudah kerana struktur cukai adalah berbeza.

Di Indonesia pula, Nissan Kicks e-Power adalah SUV hibrid paling mampu milik pada harga Rp 449 juta (RM 126,000), menewaskan Toyota Corolla Cross Hybrid pada harga sedia ada.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Kicks International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda