window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu!

Haris · Mar 7, 2023 10:00 AM

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 01

  • Dilancarkan pada 10-Mac 2023
  • Harga akan disahkan semasa pelancaran
  • Dianggarkan lebih murah daripada sebelumnya

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mendedahkan kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023, dengan harga anggaran dari RM 169k. Sebelum ini, Nissan Leaf pra-facelift berharga RM 175,800.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 02

Pernah diacaah sebelum ini pada 2022, Nissan Leaf facelift menerima kemaskini kecil dengan logo terbaharu Nissan pada gril hadapan dan but belakang serta rim 17-inci yang direka semula.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 01

Perincian halus lain ialah bumper depan yang disemak semula sedikit, manakala gril hadapan menggugurkan kemasan krom. Spoiler belakang juga direka semula sedikit dan elemen diffuser kehilangan aksen biru.

Baca: Pengeluar kenderaan 'terpaksa' guna warna biru untuk kenderaan mesra alam, bukan hijau. Mengapa?

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 02

Terdapat tujuh warna eksterior yang tersedia - Stealth Grey, Akatsuki Sunrise Copper, Opera Mauve, Vivid Blue, Burgundy, Midnight Black, dan Pure White Pearl.

Tanpa mengira warna, kesemua pilihan tersebut disudahi dalam warna dua tona dengan bumbung hitam. Di bahagian lain dari segi eksterior, ia hampir sama dengan model pra-facelift.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 03

Perubahan di bahagian dalam juga minimum kerana susun atur dan reka bentuk dalaman tidak diubah. Kemas kini yang paling ketara ialah sistem infotainment skrin sentuh 8-inci baharu yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 04

Satu lagi ciri baharu ialah Cermin Pandangan Belakang Pintar, yang menggunakan kamera digital yang dihubungkan ke cermin pandangan belakang untuk mengatasi sebarang halangan yang berpotensi di dalam kabin.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 05

Aspek trenkuasa kekal seperti sebelum ini, dengan motor elektrik dipasang di hadapan yang menghasilkan 150 PS/320 Nm, dengan bateri 40 kWj yang memberikan jarak sehingga 311 km dalam ujian kitaran NEDC.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 06

Bagi aspek pengecasan pula, ia mempunyai pengecas terbina 6.6 kW seperti sebelum ini tetapi berita yang lebih baik ialah Nissan Leaf facelift 2023 kini menggunakan penyambung Type 2 untuk pengecasan AC (sebelum ini Type 1), manakala pengecasan pantas DC masih dilakukan melalui CHAdeMO, yang dinilai pada 50 kW.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 07

Kiri: CHAdeMO (DC), Kanan: Type 2 (AC)

Suite ADAS dalam Nissan Leaf facelift 2023 telah dikemas kini untuk menyertakan ciri Lane Departure Warning dan Lane Intervention, yang memberikan maklum balas haptik melalui stereng. Terdapat juga ciri High Beam Assist.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 08

Kesemua ini melengkapi ciri sedia ada seperti Forward Collision Warning with Intelligent Forward Emergency Braking (AEB), dan Intelligent Around View Monitor (360-degree camera) dengan Intelligent Moving Object Detection.

Nissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu! 09

Bersempena dengan pengenalan Nissan Leaf facelift 2023, ECTM menganjurkan pengalaman pemanduan elektrik bersama Nissan Leaf, Nissan X-Trail Hybrid dan Nissan Serena S-Hybrid di seluruh negara.

Orang ramai dijemput menyertai acara Nissan Electrifying Drive di bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara untuk menikmati tawaran menarik, siri aktiviti menyeronokkan dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Tarikh dan tempat kempen Nissan Electrifying Drive
Tarikh Bahagian Lokasi
11 - 13 March Tengah

ETCM Glenmarie

ETCM Jalan Raja Laut

18 - 19 March Tengah ETCM Kiang
Timur ETCM Kuantan
25 - 26 March Utara ETCM Butterworth
Selatan ETCM Johor Jaya
8 - 9 April Utara ETCM Ipoh
Selatan ETCM Batu Pahat

Baca: Suatu masa dahulu, lagu-lagu Sheila Majid pernah digunakan untuk iklan Nissan Skyline R32 di Jepun!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Leaf

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda