window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander!

Faisal · Sep 8, 2022 03:00 PM

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander! 01

Nampak macam Xpander tapi bukan.

Bagi anda yang belum tahu, di Indonesia, Mitsubishi Xpander ada satu kembar iaitu Nissan Livina. Xpander sendiri telah diperbaharui dengan model facelift tetapi Livina masih dengan model dari tahun 2019.

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander! 02

Xpander facelift.

Apapun, perkembangan baru dari Nissan Indonesia menunjukkan bahawa Livina (dihasilkan di kilang Mitsubishi Indonesia) telah mula dieksport ke Filipina.

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander! 03

Untuk makluman anda, Nissan di Filipina dihadiri oleh model seperti Kicks e-Power, Navara dan juga Terra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikalnya, Nissan Livina untuk Filipina datang dengan spesifikasi sama yang ditawarkan di Indonesia. Antaranya seperti enjin 1.5L NA 4A91 yang menghasilkan 105 PS dan 141 Nm tork.

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander! 01

Nissan Livina di Indonesia.

Sebagai model yang belum dikemaskini, sumber kuasa itu dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan, bukannya CVT yang ada pada Xpander facelift. Begitu juga pada bahagian papan pemuka yang mana ia masih dengan reka bentuk yang lama.

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander! 02

Untuk pengetahuan anda, harga Nissan Livina di Filipina bermula pada 1,029,000 Pesos (~RM 81k) sehingga 1,209,000 Pesos (~RM 95.1k).

Nissan Livina CKD Indonesia dieksport ke Filipina, harga lagi mahal daripada Xpander! 03

Menariknya, Xpander di sana sendiri berharga tidak lebih daripada 1,180,000 Pesos (~RM 92.9k). Bayangkan model lebih lama tetapi berharga lebih mahal.

Juga bacaNissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Grand Livina Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda