Nissan Navara bakal terima enjin hibrid e-Power, akan kekal dengan mod pacuan 4x2 & 4x4!
Faisal · Jan 27, 2023 10:00 AM
Antara teknologi hibrid terunggul di dunia iaitu e-Power dari Nissan nampaknya akan turut diterapkan pada model trak pikap Navara mereka.
Kata Ketua Perancangan Produk PT Nissan Motor Distributor Indonesia (NMDI) kepada rakan AutoFun ID kami, “Nissan Terra dan Navara nanti mungkin akan menggunakan teknologi e-Power untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dan mengembuskan lebih kuasa. Menariknya, sistem pacuan 4x2 dan 4x4 juga akan tetap ada”.
Sebelum ini, Nissan Australia juga memaklumkan hal sama berkenaan trenkuasa e-Power pada Navara. Malah, mereka sedang mengkaji teknologi hibrid diesel termasuk sistem hibrid plug-in.
Enjin hibrid e-Power pada Nissan Note.
Bagi anda yang belum tahu, enjin pada teknologi hibrid e-Power hanya berfungsi sebagai penjana untuk mengecas bateri. Kiranya, kuasa banyak datang dari motor elektrik dan pendekatan ini sememangnya berkesan dalam memberikan penjimatan diesel yang luar biasa.
Untuk makluman anda, pengumuman oleh NMDI itu selari dengan aspirasi kerajaan Indonesia untuk menggalakkan kenderaan yang lebih mesra alam. Malah, Nissan sendiri pada 2026 akan melabur sehingga RM 65.7 bilion untuk ada 23 model baharu yang dielektrifikasi menjelang 2030, termasuk 15 EV penuh.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen