window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan!

Haris · Mar 26, 2021 05:00 PM

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 01

Edaran Tan Chong Motor baru sahaja mempertontonkan Nissan Navara facelift 2021. Model Nissan Navara generasi ketiga ini menerima facelift pertama sejak pelancarannya pada tahun 2015. 

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model kali ini mungkin bakal menjadi model Nissan Navara terakhir yang dibangunkan sepenuhnya oleh Nissan. Hal ini disebabkan oleh perjanjian Renault-Nissan-Mitsubishi yang memberi kemungkinan bahawa Nissan Navara generasi akan datang bakal dibangunkan berasaskan model Mitsubishi.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 01

Rekaan luar Nissan Navara D23 facelift 2021 ini masih mengekalkan bentuk yang sama namun dengan sedikit perubahan. Bingkai gril hadapan V-Motion yang sebelum ini menggunakan warna krom kini lebih besar dan tidak selari dengan lampu hadapan.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 02

Gril hadapan ini tampil dengan warna krom kecuali pada varian paling atas, Pro-4X. Bercakap mengenai varian paling tinggi ini, ia juga menerima lambang Nissan lama dengan tulisan berwarna merah, tayar all-terrain dan dan rim 18 inci. Rekaan maskulin ini meletakkan Nissan Navara 2021 Pro-4X setanding dengan Ford Ranger Wildtrak dan Toyota Hilux Rouge.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 03

Malah, Nissan juga tampil berbeza pada bahagian belakang dengan tulisan NAVARA yang terpampang luas supaya rakyat Malaysia tidak lagi memanggilnya Hailak.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 04

Pada bahagian dalam pula, Nissan Navara facelift 2021 masih kekal dengan suasana kabin yang sama namun ia dilengkapi dengan stereng yang sama dengan model Almera dan X-Trail.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 05

Bukan itu sahaja, tempat duduk Zero Gravity yang ada pada Nissan Navara facelift 2021 ini juga diambil dari model Almera dan X-Trail. Di samping itu, ia turut menampilkan sistem suspensi multi-link coil pada bahagian belakang untuk keselesaan penumpang yang lebih baik berbanding pesaingnya.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 06

Navara menggunakan sistem infotainment 8 inci skrin sesentuh dengan sokongan Apple CarPlay sahaja, sama seperti Nissan Almera. Seperti yang pernah dijelaskan oleh ETCM, terdapat sedikit isu pelesenanan untuk Android Auto dan akan ditawarkan kelak selepas isu ini selesai.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 07

Untuk bahagian trenkuasa pula, Nissan Navara facelift 2021 ini masih mengekalkan enjin empat silinder 2.5 liter turbodiesel YD25DDTi dengan transmisi automatik 7 kelajuan dengan mod manual. Spesifkasi ini memberikan kuasa enjin sebanyak 190 PS kuasa kuda dengan 450 Nm tork.

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 08

Seperti yang disebut-sebut, ciri utama yang paling menonjol adalah kehadiran Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) pada varian VL dan Pro-4X. Sistem ADAS ini meliputi:

  • Blind Spot Warning
  • Intelligent Blind Spot Intervention
  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW)
  • Intelligent Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Intelligent Lane Intervention
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Nissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan! 09

Nissan Navara facelift 2021 ini adalah peluang terakhir bagi mereka yang menggemari model pembangunan sepenuhnya oleh Nissan. Nissan Navara facelift 2021 disasarkan untuk menjadi sebuah model serba guna, berbanding trak pikap pengeluar lain yang fokus terhadap penggunaan berat. Tempahan bermula sekarang tetapi ingat, tarikh pelancaran rasmi adalah 16 April 2021.

Bacaan Lanjut:

Nissan Navara 2021 facelift dengan rekaan baru, trak pikap terakhir dengan DNA Nissan?

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda