window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru?

Mersita · Mar 26, 2021 06:00 PM

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 01

Akhirnya, setelah enam tahun berada di pasaran, trak pikap ini diberi rupa bentuk yang baharu. Nissan Navara NP300 (D23) 2021 menerima beberapa pembaharuan yang membuatkannya lebih mengancam untuk bersaing dengan trak pikap yang lain. Ia baru saja dipertontonkan hari ini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) buat tatapan awam.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 02

D-Max serba baru mungkin akan tiba lebih awal dari jangkaan

Hampir semua pesaingnya diberi kemaskini atau pembaharuan sejak tiga tahun lepas: Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton dinaiktaraf pada 2019, manakala raja pikap di Malaysia iaitu Toyota Hilux diberi enjin dan kelengkapan baharu pada 2020.

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 01

Navara dengan rupa baharu ini mula-mula diperkenalkan tahun lalu di Thailand dan Australia. Setelah beberapa unit berjaya dikesan hasil gambar intipan di Malaysia, nampak gayanya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah sedar yang inilah masanya untuk memperkenalkan ‘mother trucker’ yang diperbaharui ini di pasaran kita.

Namun, adakah ia cukup bagus untuk menarik perhatian konsumer di Malaysia?

Luaran – Nampak sasa dan garang

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 02

Navara yang diperbaharui ini menonjolkan rupa luaran yang direka semula secara menyeluruh dengan rupa hadapan istimewa Navara berkonsepkan V-Motion yang lebih ‘rugged’ dan ranggi. Bergantung kepada varian, rekaan jeriji hadapannya berbeza-beza.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 03

Varian VL menonjolkan hiasan jeriji krom dengan rim dwi-tona 18 inci. Bagi varian Pro-4X pula iaitu yang tertinggi bagi Navara, ia diberi hiasan jeriji berwarna kelabu metalik yang lebih ‘sporty’ dan juga lencana hitam dengan perincian merah.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 04

Jika anda mahukan trak pikap yang macho, pilihan tepat pastinya varian Pro-4X. Ia didatangkan dengan tayar ‘all-terrain’, gerbang roda hitam, serta rim aloi 17 inci bercat hitam.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 05

Di bahagian belakangnya pula, pintu bonet Navara dihiasi dengan nama “Navara” dalam bentuk timbul yang melintang sepanjang pintu – nampak ketara bagi pemerhati yang ini bukannya “Hailak”. Pro-4X mempunyai lencana Nissan berwarna hitam dengan perincian merah.

Ruang dalaman – Lebih selesa

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 06

Walaupun rupa parasnya dari luar nampak seperti kereta aksi ‘blockbuster’, ruang dalamannya nampak selesa dan dikenali bagi pengguna tegar Nissan ataupun mereka yang pernah duduk di dalam kenderaan Nissan lain. Navara yang diperbaharui ini diberi stereng famili Nissan yang sama seperti di dalam X-Trail dan Almera.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 07

Varian teratas bagi Navara iaitu VL dan Pro-4X didatangkan dengan paparan infotainmen berskrin sentuh 8 inci yang menyokong Apple CarPlay sahaja (sama seperti Almera), sekali dengan kamera 360 darjah.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 08

Navara juga didatangkan dengan kerusi Zero Gravity Nissan yang sememangnya hebat. Kabin juga jadi lebih selesa dan senyap dengan jumlah penebat bunyi yang lebih banyak serta cermin hadapan/’windshield’ dan cermin hadapan yang berlapis. Nanti kami akan uji tahap kesenyapan trak pikap baru ini, nantikan rebiu kami!

Trenkuasa – Sama saja

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 09

Walaupun model ini di pasaran Thai dan Australia diberi enjin baharu yang dipertingkatkan iaitu enjin diesel twin-turbo 2.3 liter (190 PS/450 Nm) bagi varian berspesifikasi tinggi, kita di Malaysia masih kekal dengan enjin diesel turbo 2.5 liter yang dibawa masuk dari model sebelum facelift.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 10

Unit enjin twin-turbo yang diperbaharui itu menghasilkan janaan kuasa yang sama seperti enjin ‘single turbo’, tapi pastinya enjin yang lebih besar akan mempunyai kecekapan yang lebih rendah.

Kotak gear manual 6 kelajuan hanya boleh didapati di dalam Navara varian SE manakala yang lain-lain dipadankan dengan kotak gear automatik 7 kelajuan.

Keselamatan – ADAS yang pelbagai

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 11

Walaupun Navara baharu ini nampak garang dan sasa, ia dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi:

  • Amaran Titik Buta
  • Intervensi Titik Buta Pintar
  • Amaran Perlanggaran Depan Pintar
  • Brek Kecemasan Pintar (AEB)
  • Amaran Pelepasan Lorong
  • Intervensi Lorong Pintar
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 12

Perlu diingatkan yang suite ADAS penuh ini hanya boleh didapati pada varian tinggi VL dan Pro-4X. walaubagaimanapun, Navara dipadatkan dengan kelengkapan sehingga 7 beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang.

Kesimpulan

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 13

Jika dibandingkan dengan Navara yang dijual sekarang, versi facelift ini sememangnya mempunyai rupa paras yang lebih menonjol dan diperbaharui – terutama sekalu bagi Pro-4X. Walaupun trenkuasanya kekal sama di Malaysia, ia bukanlah satu kekurangan yang ketara.

Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru? 14

Navara facelift baharu ini mempunyai rupa paras yang agresif dan ‘menakutkan’ dari luar, namun di dalamnya ia penuh dengan kelengkapan keselamatan serta tahap keselesaan yang tinggi. Rupa luaran nampak saja ganas, tapi dalam kabin ada ‘taman’.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda