window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama

Mersita · Feb 5, 2021 11:00 AM

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 01

Dalam satu sesi webinar “Nissan Futures”, Naib Presiden Nissan ASEAN En. Isao Sekiguchi telah mengumumkan yang Nissan Note e-Power serba baharu akan didebut di Singapura dan Hong Kong dalam masa beberapa bulan lagi.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 02

Pelancaran Nissan Note serba baharu di Jepun

Nissan Note e-Power serba baharu ini sudah membuat debut globalnya di Jepun pada bulan November 2020, lantas menjadi model paling laris buat Nissan di Negara Matahari Terbit itu pada Januari 2021. Pelancarannya di Singapura menandakan pelancaran pertamanya di rantau ASEAN.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Note ialah sebuah kereta hibrid dengan enjin yang berfungsi sebagai penjana (‘generator’) semata-mata. Inilah tren kuasa yang digelar “e-Power” oleh pembuat kereta dari Jepun itu. Nama ini juga pernah digunakan dalam model buatan Thailand iaitu Nissan Kicks e-Power.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 01

Ringkasan untuk sistem e-Power Nissan

Di Jepun, Nissan Note e-Power boleh didapati dalam tetapan 2WD ataupun AWD. Varian 2WD didatangkan dengan satu enjin dan satu motor elektrik, manakala yang AWD mempunyai satu enjin dan dua motor elektrik.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 02

Bagi versi 2WD, enjinnya mempunyai kapasiti 1.2 liter dengan 3 silinder yang menjana kuasa kuda 82 PS dan tork 110 Nm. Motor elektriknya mampu menjana 116 PS dan 100 Nm. Bagi versi AWD pula, satu motor elektrik tambahan tersebut (68 PS/100 Nm) memacu roda belakang.

Setakat ini, spesifikasi bagi pasaran Singapura belum lagi disahkan.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 03

Nissan Note e-Power versi AWD

Dari segi saiz, Nissan Note berukuran 4,045 mm panjang, 1,695 mm lebar, 1,505 mm tinggi, dan dengan jarak roda 2,580 mm. Saiznya lebih kurang sama dengan Toyota Yaris.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 04

Model Note serba baharu ini ialah solusi Nissan bagi mereka yang mahukan tork serta-merta yang boleh dicapai oleh kereta elektrik tapi tak mahu risau tentang mengecas bateri. Pemiliknya hanya perlu mengisi minyak di stesen petrol seperti kereta dengan enjin pembakaran dalaman biasa.

Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama 05

Bagi Malaysia pula, kami belum ada sebarang maklumat tentang jangkamasa Nissan Note e-Power akan tiba di sini. Apa yang kami boleh ramalkan setakat ini ialah kedatangan Nissan Kicks e-Power buatan Thai yang sudahpun dijual di Thailand dan Indonesia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda