window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888

Mersita · Jul 6, 2022 12:00 PM

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 01

  • Dua varian, Highway Star (RM 149,888) dan Premium Highway Star (RM 162,888)
  • Perincian hadapan dan belakang baru, dinaiktaraf dengan ADAS
  • Sistem infotainment skrin lebih besar 9 inci, lengkap Android Auto & Apple CarPlay

Edaran Tan Chong Motors (ETCM), pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, baru saja melancarkan Nissan Serena S-Hybrid facelift 2022 baharu di sini. Harga bagi Nissan Serena facelift 2022 naik sedikit – Highway Star bermula dari RM 149,888, manakala Premium Highway Star dijual pada harga dari RM 162,888.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 02

Seperti dahulu, MPV ini dipasang tempatan (CKD) di kilang ETCM di Serendah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang ada pada Nissan Serena facelift 2022 baru?

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 01

Terdapat beberapa naiktaraf diberi pada Serena baharu, terutama sekali rupa bentuk yang baru di bahagian depan dan belakang. Serena facelift baru ini menggantikan jejaring hadapan model terdahulu dengan jejaring Majestic Chrome V-Motion yang bercorak lebih rumit. Ia diapit oleh lampu hadapan LED yang direka semula. Bampar hadapannya juga baru dengan rekaan lebih 'sharp' berserta perincian hitam berkilat.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 02

Bukan itu saja, bahagian belakang Serena baru ini juga diberi bampar berbentuk baru – serupa dengan model di Jepun. Perbezaan paling ketara antara Serena spesifikasi Malaysia dan Jepun ialah rimnya; model Jepun dipasang dengan rim aloi dwi-tona 16 inci yang baru manakala model spesifikasi kita diberi rim pra-facelift, namun dengan kemasan hitam berkilat. Lampu breknya juga mempunyai corak bentuk 'S' yang lebih menarik.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 03

Di dalam kabinnya pula, kita disajikan dengan sistem infotainment 9 inci baru namun hanya boleh didapati dalam varian Premium Highway Star. Varian Highway Star hanya ada skrin 6.75 inci sahaja.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 04

Seperti yang dijangka pada kenderaan moden masa kini, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay turut disediakan bagi varian premium. Hiburan dalam kabin dilengkapkan lagi dengan sistem audio 6 speaker.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 05

Varian Premium Highway Star juga disertakan dengan sarung kerusi kulit Premium Quilted Nappa yang boleh didapati dalam warna coklat atau hitam, trunk tray berserta lapik “Tech-On”, skrin siling 11.6 inci, digital video recorder (DVR) dwi saluran, serta lampu kabin LED. ETCM juga menyertakan sekali pelindung pemegang pintu pada varian tertinggi ini.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 06

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 07

Satu lagi faktor kenaikan harga Nissan Serena 2022 facelift adalah naiktaraf dalam kelengkapan ADAS, atau digelar sebagai Nissan Intelligent Mobility. Pembaharuan pada kelengkapan ADASnya ialah Intelligent Predictive Forward Collision Warning dan Braking, Blind Spot Warning, Lane Departure Warning, serta Rear Cross Traffic Alert. Around View Monitor with Moving Objext Detection dan Intelligent Driver Alertness turut dibawa masuk, dan kesemua fungsi ADAS ini disediakan standard untuk kedua-dua varian berserta 6 beg udara.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 08

Seperti model terdahulu, Nissan Serena dikuasakan oleh enjin petrol naturally-aspirated 2.0 liter dengan 4 silinder yang menjana 150 PS dan 200 Nm. S-Hybrid dinaiktaraf dengan Eco Motor menggantikan starter motornya, memberikan bantuan tork tambahan 48 Nm pada crankshaft menerusi belt pulley dalam masa kira-kira 1 saat bagi pacuan dari posisi pegun. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi CVT.

Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888 09

ETCM turut menyatakan yang Nissan Serena 2022 menawarkan penjimatan minyak 7.04 liter/100 km (14.2 km/l) dibawah kitaran ujian NEDC R101.

ETCM juga menawarkan kemasan warna baru bagi Nissan Serena 2022. Warna Cashmere Gold digugurkan dan kini digantikan dengan Dark Metal Grey. Selain itu, warna lain yang boleh didapati termasuklah Brilliant White, Radiant Red, dan Diamond Black sebagai warna opsyen bagi varian Premium Highway Star. Varian asas Highway Star disediakan dengan pilihan warna Brilliant White, Tungsten Silver, dan Diamond Black.

Nissan Serena 2022 dijamin dengan waranti 5 tahun tanpa had jarak tempuh.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda