window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini?

Mersita · Mar 22, 2023 12:30 PM

Nissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini? 01

Gambar

Nissan Serena 2023 C28 serba baru telah dikesan ketika sedang diuji di Genting Highlands. Walaupun ia diselubungi, rupa luarannya yang berkotak, penggayaan bersegi yang ketara, dan corak rim memberi klu tentang kehadiran Nissan Serena C28.

Nissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini? 02

Gambar

Seperti yang dapat dilihat ketika penayangan global pertamanya, perincian di bahagian hadapan Serena C28 menampilkan jejaring yang menonjol dengan gabungan lampu hadapan. Ia juga dihiasi perincian bersegi di kedua belah bucu bampar hadapan, manakala lampu kabus hadapannya digabungkan dengan saluran udara bawah.

Juga baca: Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid

Nissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selebihnya pula, bahagian sisi Nissan Serena C28 tampak serupa dengan model masa kini, termasuklah potongan besar di ‘A-pillar’nya dan juga garisan melintang tinggi di bahagian belakangnya.

Nissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini? 01

Dari segi trenkuasa pula, enjin petrol 1.4 liter 3 silinder dipadankan dengan sistem siri hibrid e-Power oleh Nissan. Enjin petrol ini menjana 98 PS dan 123 Nm dan ia hanya berperanan sebagai penjana dibina-dalam bagi motor elektrik yang menghamburkan 163 PS dan 315 Nm.

Pilihan trenkuasa kedua pula ialah enjin petrol 2.0 liter ‘naturally aspirated’ MR20DD 4 silinder yang menjana 150 PS dan 200 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Nissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini? 02

Setakat masa penulisan, masih belum dapat dipastikan trenkuasa mana satu yang akan disediakan untuk pasaran Malaysia. Pelancaran Nissan Serena C28 ini juga masih belum diketahui bila. Ikuti FB WapCar-BM rapat-rapat untuk dapatkan berita terkini tentang Nissan Serena C28 serba baru dan banyak lagi.

Kredit gambar: Makinen Goh via FB

Juga baca: 22 imej 'racun' - mengapa anda patut menunggu Nissan Serena C28 2023 tiba di Malaysia!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda