Nissan Serena vs Toyota Voxy: MPV manakah yang patut anda beli?
Faisal · Sep 26, 2020 07:05 PM
0
0
Kenderaan yang sesuai untuk keluarga yang besar ialah sebuah Multi Purpose Vehicle (MPV). Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan yang menarik. MPV yang berharga lebih mahal sememangnya kelihatan lebih mewah dan canggih. Namun begitu, MPV yang berharga lebih mampu milik tidak kekurangan dalam membawa penumpang dengan ramai dan selesa.
Pilihan mampu milik yang cukup menarik ialah Nissan Serena C27. Pada masa yang sama, pengimport kereta recond sudah membawa masuk Toyota Voxy (turut dikenali sebagai Toyota Noah/Toyota Esquire) dimana ia merupakan saingan utama buat Nissan Serena. Untuk maklumat anda, UMW Toyota Motor tidak menjual Toyota Voxy sama sekali.
Kali ini, kami akan merungkaikan perbandingan di antara kedua-dua model ini supaya anda lebih jelas akan pilihan yang lebih bersesuaian terhadap keutamaan anda.
Toyota Voxy pula bermula daripada RM 100,000 hingga RM 168,000. Harga ini bergantung kepada varian dan kelengkapan.
Namun begitu, pengedar kereta recond kebiasaannya tidak akan menjual kenderaan dengan harga yang dipamerkan kerana terdapat beberapa cas "tersembunyi" yang perlu dilunaskan sebelum kenderaan boleh diserahkan kepada pemilik. Hal ini mengurangkan lagi perbezaan harga diantara kedua-dua saingan ini.
Eksterior
Kebiasaannya, MPV dalam segmen ini lebih mementingkan kepenggunaan melalui ciri praktikal dan ruang yang efisien.
Pada masa yang sama, kedua-dua model memiliki ciri pintu gelangsar elektronik dimana penumpang boleh membuka atau menutup pintu hanya dengan menekan butang. Menariknya, Nissan Serena turut memiliki pintu but belakang yang boleh dibuka secara asing. Kemudahan ini sangat berguna apabila kenderaan anda berada dalam ruang parkir yang sempit sewaktu anda hendak menguruskan barang di dalam but.
Selain itu, semua varian Nissan Serena didatangkan dengan lampu hadapan LED.
Toyota Voxy pula boleh didapati dengan lampu hadapan halogen atau LED. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk meneliti bahagian ini apabila ingin membeli Toyota Voxy.
Kabin
Walaupun Toyota Voxy turut memiliki ciri pintu gelangsar elektronik, ia hanya didatangkan di kedua-dua belah kiri dan kanan pada varian yang lebih tinggi. Varian yang lebih rendah pula hanya didatangkan di belah kiri sahaja.
Menariknya, sesetengah unit Toyota Voxy didatangkan dengan versi Welcab dimana ia mempunyai kerusi mudah alih untuk memberikan kemudahan sewaktu menaiki atau menuruni kenderaan tersebut.
Sistem infotainment
Dari segi hiburan, Nissan Serena didatangkan dengan unit Clarion dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Sebaliknya, Toyota Voxy tidak didatangkan dengan sokongan ini. Oleh itu, anda perlu menukar unit infotainment di kedai luar untuk mendapatkan sokongan moden seperti ini.
Untuk maklumat anda, isu yang terdapat pada Nissan Serena dimana sistem infotainment tidak selari dengan kawalan butang pada bahagian stereng telah diselesaikan oleh pihak ETCM.
Ciri keselamatan
Nissan Serena didatangkan dengan 6 beg udara dan kawalan kestabilan untuk semua varian. Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding 2 beg udara pada model sebelumnya. Selain itu, ia mempunyai sistem kamera 360-darjah yang dikenali sebagai Intelligent Around View Monitor (i-AVM).
Toyota Voxy pula didatangkan dengan 7 beg udara. Spesifikasi pertengahan pula hanya didatangkan dengan 3 beg udara (2 di hadapan dan 1 di lutut pemandu). Untuk maklumat anda, pilihan 7 beg udara didatangkan secara kos tambahan sebanyak JPY 49,500 di Jepun.
Cara yang paling mudah untuk anda mengetahui bahawa ia didatangkan dengan lebih daripada 3 beg udara ialah dengan mencari tulisan "Airbag” di bahagian tiang A dan bahagian tepi kerusi.
Sokongan selepas jualan (aftersales)
Nissan Serena didatangkan sebagai model rasmi oleh ETCM dimana ia memiliki perlindungan jaminan warranty 5 tahun melalui jarak tempuh tanpa had. ETCM turut menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/60,000 km pada Nissan Serena.
Sebaliknya, Toyota Voxy yang dibawa masuk secara persendirian ditawarkan dengan pilihan jaminan warranty sebagai kos tambahan. Melalui jaminan warranty daripada pihak ketiga, ia berkemungkinan tidak mempunyai perlindungan yang menyeluruh kerana semuanya tertakluk kepada terma dan syarat.
Kesimpulan – Nissan Serena cukup lengkap tetapi Voxy Welcab cukup berguna
Walaupun dengan rupa paras yang agak kekok, sukar untuk menafikan pakej yang terdapat pada Nissan Serena. Ia menawarkan ciri praktikal, kelengkapan keselamatan yang mencukupi, dan sokongan selepas pembelian yang lebih menarik.
Toyota Voxy Welcab pula memiliki ciri yang cukup unik dimana ia didatangkan dengan kerusi mudah alih. Ciri ini sangat bersesuaian dengan kepenggunaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Secara keseluruhan, kedua-dua model ini memberikan kelebihan yang tersendiri dan cukup praktikal untuk membawa satu keluarga dengan selesa. Yang manakah pilihan anda bergantung kepada keperluan dan kehendak anda dalam sesebuah MPV. Selamat memilih!
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.