Sebuah model JDM lagenda, Nissan Skyline R34 musnah kemalangan ketika dipandu oleh broker atau orang tengah. Kali ini, kejadian berlaku di Johor Bharu dan transaksi wang dilaporkan pada harga RM 165k.
Sebuah model JDM lagenda, Nissan Skyline R34 musnah kemalangan ketika dipandu oleh broker atau orang tengah. Kali ini, kejadian berlaku di Johor Bharu dan transaksi wang dilaporkan pada harga RM 165k.
Nissan Skyline R34 tersebut yang merupakan model GT-T RWD dengan gandingan enjin RB26DETT bukanlah mainan orang kebiasaan. Hasilnya, pacuan roda belakang dengan kuasa yang mampu mencapai hingga 500 PS dan 540 Nm tewas dipandu broker ujub.
Kereta yang diidam-idamkan tersebut juga tidak sempat sampai ke tangan pemilik asal kerana kemalangan yang dilihat agak teruk. Bahagian hadapan telah habis remuk dan kelihatan seperti integriti casis sudah dikompromi.
Ini bukan kali pertama kes kemalangan yang melibatkan broker / orang tengah yang dilaporkan. Sebelum ini, sebuah Proton X50 baharu musnah di tangan penasihat jualan dan Mercedes-Benz E43 AMG juga tewas di tangan broker.
Pengajaran yang paling bernilai di sini adalah skil pemanduan perlu ditingkatkan jika ingin memandu kereta dengan puncak kuasa yang tinggi. Jika tidak mampu, sila memandu di lorong kiri agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.
Bacaan Lanjut:
SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti?
Proton X50 2020 “Bumblebee” yang ‘famous’ terlibat dalam kemalangan
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Honda City Hatchback 1.5 S
Upgrade
Add your car
Service powered by
Toyota Corolla Cross
Honda City Hatchback
Perodua Ativa
Proton X50
Honda City
Nissan Serena S-Hybrid
Mazda MX-30
Mazda CX-8
Mercedes-Benz AMG A-Class Sedan
Mercedes-Benz AMG GLA
Komen