window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan!

Zamil Syaheer · Jul 12, 2021 06:00 PM

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 01

Kalau anda peminat tegar kereta JDM (Japan Domestic Market) dari 80an ke lewat 90an, mesti anda tahu dengan trend kenaikan harga melampau di Malaysia. Bahkan, di seluruh dunia sebenarnya.

Punca utama kepada trend ini? Peminat kereta di Amerika Syarikat yang kini mampu mengimport model-model kereta ini secara halal dari Jepun selepas melepasi umur 25 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain dari itu, terdapat pengaruh ‘influencer’, ‘YouTuber’, dan juga siri Fast & Furious yang menaikkan lagi harga sesetengah kereta berprestasi dari Jepun.

Antaranya adalah Nissan Skyline GT-R. Kalau anda tidak tahu, model ini tidak dijual secara rasmi di Amerika Syarikat, namun ia amat popular kerana alat permainan video Gran Turismo dan juga sebagai kereta utama watak Brian O’Connor dalam Fast & Furious yang dilakonkan oleh mendiang Paul Walker.

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 01

Baru-baru ini, sebuah Nissan Skyline R34 GT-R memecahkan rekod pasaran Skyline GT-R itu sendiri, menerusi lelongan di Yahoo! Auction Jepun. Ia telah berjaya dijual dengan harga 60,500,001 (termasuk cukai), sekitar RM 2.3 juta!

Unit ini pernah terjual pada harga 35,200,000 (dalam RM 1.32 juta) pada lelongan BH Auction di Tokyo Auto Salon 2018, sebelum timbul semula baru-baru ini dengan harga permulaan 50,000,000 (RM 1.88 juta).

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 02

Apa yang spesel sangat pasal Skyline GT-R R34 ini sampai mencapai harga supercar? Pertama sekali, ini bukan Skyline GT-R biasa-biasa, ini merupakan model V-Spec II Nür 2002.

Terhad kepada 1,000 unit sahaja, V-Spec bermaksud ‘Victory Specification’, manakala Nür bermaksud model ini diuji di litar lumba berlegenda, Nürburgring!

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 03

Nür ditawarkan sebagai pakej peningkatan untuk R34 Skyline, tetapi hanya untuk varian V-Spec II dan M-Spec (Mizuno Specification, jurutera Skyline GT-R R34).

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 04

Kereta yang dilengkapi pakej Nür dilengkapi dengan speedometer 300 km/j, bonet serat karbon, suspensi yang lebih keras, brek yang lebih kuat, lencana khas, penutup ‘rocker cover’ emas dan plat VIN emas.

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 05

Enjin 2.6 liter 6-silinder turbo berkembar RB26DETT berdasarkan enjin perlumbaan N1 pada varian ini juga telah menerima sejumlah perubahan mekanikal untuk meningkatkan daya ketahanan.

Ini termasuk pengecas turbo yang lebih besar dengan bilah turbin keluli dan bukannya seramik, dinding silinder yang lebih tebal, pam minyak dan air yang dinaik taraf serta rod penghubung pada omboh yang lebih kuat.

Juga baca: RB26DETT vs 2JZ-GTE - legenda enjin Nissan Skyline GT-R & Toyota Supra, mana satu padu?

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 06

Menurut Bingo Media, iaitu rakan media rasmi untuk BH Auction, pakej Nür ini hanya ditawarkan kepada sekitar 1,000 unit R34, di mana sekitar 700 adalah kereta V-Spec II. Contoh khusus ini hanyalah satu daripada sekitar 160 unit yang berwarna putih.

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan! 07

Tambahan pula, unit ini hanya mempunyai jarak perbatuan sebanyak 10 km dan tidak pernah didaftarkan. Kereta baru beb!

Apa pendapat anda tentang harga kereta-kereta JDM yang menggila? Masuk akal ke tidak? Janji jangan langgar pokok sudahlah...

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda