window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid!

Faisal · Sep 30, 2021 09:00 AM

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 01

Sebentar tadi, Nissan Sylphy hibrid e-Power 2021 baru sahaja diperkenalkan untuk pasaran China. Kereta paling laku di China ini menambah satu pilihan trenkuasa baharu selain penawaran enjin pembakaran dalaman dan elektrik sepenuhnya (generasi B17 yang lalu).

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 02

Untuk makluman anda, sistem hibrid e-Power Nissan menggunakan enjin pembakaran hanya sebagai penjana untuk mengecas pek bateri lithium-ion apabila diperlukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 01

Berbeza daripada hibrid parallel yang sering industri gunakan seperti Toyota (enjin boleh memandu roda atau mengecas bateri ataupun kedua-duanya sekali), hibrid series oleh e-Power menawarkan pemanduan motor elektrik sepenuhnya. Kiranya, roda kereta dipandu oleh motor elektrik sepanjang masa.

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 02

Enjin yang berkapasiti 1.2L 3 silinder itu sendiri menghasilkan 72 PS. Motor elektrik yang memandu roda pula menghembuskan 136 PS dan 300 Nm tork.

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 03

Nissan mendakwa penggunaan minyak serendah 3.9 liter/100 km.

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 04

Lencana "300" di belakang menandakan tork maksimum sebanyak 300 Nm.

Selain Sylphy e-Power, Nissan Sylphy di China juga ditawarkan dengan kombo enjin HR16 1.6L NA dan transmisi CVT serta Slyphy Zero Emission (generasi B17), iaitu versi elektrik sepenuhnya yang menggunakan trenkuasa Nissan Leaf.

Nissan Sylphy e-Power 2021 baru – sedan No.1 di China kini sebuah hibrid! 05

Secara amnya, penawaran trenkuasa e-Power di pasaran China kini terdiri daripada Nissan Kicks, Serena dan juga Sylphy. Untuk pengetahuan anda, inilah tiga daripada enam model e-Power Nissan yang bakal diperkenalkan menjelang tahun 2025.

Juga baca:

Nissan Kicks e-Power 2021, pesaing X50 dan HR-V, terpaksa ditangguhkan untuk Malaysia

Nissan Serena 2022 serba baru - enjin e-Power sahaja, S-Hybrid bakal digugurkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Sylphy International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda