window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli?

Faisal · May 22, 2021 04:00 PM

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 01

Percaya tak dengan hanya RM 17k, anda boleh beli sebuah kereta Jepun moden yang selesa dan mewah? Kalau anda nak tahu, Nissan Sylphy yang kami cakapkan ini jauh lebih selesa daripada Honda Civic ataupun Toyota Corolla Altis. Dengan susut harga yang telah menjadikannya mampu untuk dimiliki, setakat manakah berbaloinya untuk anda beli kereta Jepun terpakai seperti ini? Mari sama-sama kita tinjau sedan segmen C yang satu ini.

Model mana yang patut dibeli?

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 02

Nissan Sylphy generasi G11.

Nissan Sylphy dijual di Malaysia melalui generasi G11 (2008 -2014) dan B17 (2014 -2017). Secara mudahnya, perbezaan di antara dua generasi ini dapat dilihat seperti berikut:

Perbezaan generasi G11 dan B17
  G11 B17
Julat harga (RM) 17k - 38k 39k - 59k
Enjin 2.0L 1.8L
Transmisi CVT CVT
Kuasa 133 PS 131 PS
Tork 191 Nm 174 Nm

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 03

Nissan Sylphy generasi B17.

Apapun, kedua-dua model mempunyai kredibiliti yang sama iaitu kereta yang selesa habis. Malah, pesaing hangat yang ada di pasaran ketika itu (Honda Civic FD – FB & Toyota Corolla Altis E140 – E170) sekalipun tidak mampu melawan. Malah, Nissan Sylphy edisi Impul sekalipun kekal dengan mutu keselesaan yang tidak ada pada pesaingnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 01

Walaupun pengangkut ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak tidak didatangkan, varian teratas untuk kedua-dua generasi Nissan Sylphy tetap hadir dengan ciri seperti:

Senarai kelengkapan
  G11 B17
Keyless entry & push start Ada Ada
Lampu depan jenis xenon Ada Ada
Kerusi dan kemasan jenis kulit Ada Ada
Beg udara 2 6
ABS Ada Ada
VDC Tiada Ada
TCS Tiada Ada

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 02

Selain keselesaan, Nissan Sylphy G11 dan B17 tampil denga ruang kabin yang begitu luas. Pada mulanya, Nissan Sylphy G11 datang dengan interior berwarna krim. Interior yang berwarna hitam juga didatangkan tetapi di tahun yang kemudian.

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 03

Anda okay dengan stereng yang berwarna krim?

Sejujurnya, kami akan pilih Nissan Sylphy generasi B17 kerana rupa paras yang lebih menarik dan kabin yang lebih moden. Apapun sekiranya ingin berjimat, tidak salah untuk anda membeli generasi G11. Seperti biasa, kami sarankan anda untuk beli terus dari pemilik supaya sejarah pemilikan dan penjagaan kereta tersebut boleh diketahui.

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 04

Nissan Sylphy B17 mempunyai kabin yang lebih berkualiti.

Masalah umum dan penjagaan

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 05

Kami telah merujuk Encik Noel, iaitu pakar Nissan dari Jtech Autoserv untuk mengetahui aspek penyelenggaraan Nissan Sylphy.

1. Suspensi

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 06

Mengenai Nissan Sylphy G11, komponen suspensi digalakkan tukar atas faktor usia generasi ini sendiri. Lagipun, perbatuan yang telah dicatatkan berkemungkinan sudah tinggi. Ini bermakna komponen seperti damper, mounting, dan bushing sudah sampai waktunya untuk diganti. Kos pembaikan ini adalah sekitar RM 3,000 – RM 3,500.

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 07

Nissan generasi B17 pula masih baru. Namun begitu, beberapa komponen suspensi sudah mula ditukar oleh pemilik.

2. Enjin

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 08

Enjin Nissan Sylphy G11.

Secara logiknya, mounting untuk enjin Nissan Sylphy G11 sekarang mungkin sudah haus. Kos penukarannya berharga dalam julat RM 700. Enjin 2.0L MR20DE yang didatangkan juga mungkin sudah mula menunjukkan tanda kebocoran minyak. Jadi, segala getah gasket dan penutup perlu digantikan yang mana ia memerlukan belanja sekitar RM 500.

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 09

Enjin Nissan Sylphy B17.

Menariknya, enjin 1.8L MRA8DE yang digunakan pada Nissan Sylphy B17 tidak mempunyai sebarang isu.

3. Transmisi

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 10

Untuk maklumat anda, terdapat beberapa kes kegagalan pada transmisi CVT yang diguna pada kedua-dua generasi Nissan Slyphy. Tetapi itupun lebih kepada cara pemilik tersebut menjaganya. Sekiranya berlaku, transmisi tersebut digalakkan untuk ditukar terus kerana rebuild semula memerlukan lebih belanja dan masa. Jtech boleh dapatkan half cut atau rebuild untuk anda tetapi kosnya bergantung pada keadaan unit tersebut.

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 11

Sebagai langkah berjaga, Encik Noel mencadangkan pemilik Nissan Sylphy G11 untuk menambah penyejuk minyak transmisi yang mana ia berharga sekitar RM 800 – RM 850. Untuk maklumat anda, transmisi Nissan Sylphy B17 sudah dilengkapkan terus dengan komponen ini. Apapun, penukaran minyak transmisi buat kedua-dua model disarankan untuk setiap 40,000 km.

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 12

Bushing yang haus boleh menyebabkan kegagalan posisi gear.

Selain itu, terdapat juga kes dimana pemilih gear tidak berfungsi. Tetapi ia tidaklah rumit. Malah, kos pembaikannya tidak mahal langsung.

Kos penjagaan Nissan Sylphy (RM)
  G11 B17
Suspensi (damper, mounting, bushing) 3,000 - 3,500  -
Mounting enjin 700  -
Gasket dan getah enjin 500  -
Penyejuk minyak CVT 800  -
Penggantian transmisi 2,000 - 4,000 6,000 - 7,000
Bushing pemilih gear 80 80

Konklusi

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 13

Bagi kami, Nissan Sylphy layak mendapat lebih penghargaan. Sedan ini mempunyai segala kualiti yang anda cari pada sebuah kereta segmen C yang bagus, iaitu luas, selesa, solid, santai, dan boleh dipercayai. Apa yang lebih menarik ialah kualiti sebegini turut ada pada Nissan Almera, iaitu sebuah kereta yang kami cukup gemar.

Juga bacaNissan Almera N18 baru sangat padu, tapi kenapa ramai beli Honda City dan Toyota Vios?

Nissan Sylphy terpakai: Serendah RM 17k, lagi selesa daripada Altis & Civic - baloi beli? 14

Dengan julat harga RM 17k – RM 60k di pasaran sekarang, sukar untuk menafikan pakej yang ada pada Nissan Sylphy. Ia adalah jentera terbaik untuk mereka yang hargai pengalaman pemanduan yang selesa dan menenangkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Sylphy International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda