window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli?

Faisal · May 9, 2021 04:00 PM

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 01

Di Malaysia, pasaran sedan segmen D diterajui oleh Honda Accord dan Toyota Camry. Kedua-dua model ini sering menjadi pilihan utama kerana kos penjagaan yang rendah dan boleh digunakan untuk jangka hayat yang panjang. Menariknya, kedua-dua jentera tersebut bukanlah yang paling padu dari segi keselesaan.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 02

Kalau anda nak tahu, Nissan Teana lebih selesa. Ia diibarat seperti rumah yang bergerak. Malah, tempat duduknya yang empuk juga dah macam sebuah sofa. Ditambah pula dengan ruang kabin yang luas, sedan buatan Jepun ini betul-betul meletakkan fokus pada keselesaan pengguna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 01

Dengan harga serendah RM 55,000, setakat manakah berbaloinya untuk anda beli Nissan Teana terpakai? Mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu umum dan kos penjagaan

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 02

Kami telah merujuk pakar Nissan di JTech AutoServ untuk mengetahui isu umum mengenai Nissan Teana generasi L33.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 03

Kredit: Nissan Spare Part Stockist.

Antaranya, kegagalan oxygen sensor boleh berlaku. Bergantung pada enjin, kos untuk menggantikan komponen ini menelan belanja sekitar RM 1,000. Jika diabaikan, enjin tidak akan berfungsi secara efisien.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 04

Kredit: JTech.

Di samping itu, compressor penyaman udara juga boleh rosak. Menurut JTech, kos untuk menggantikannya mencecah RM 2,000.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 05

Lower arm bahan PU yang dilaporkan tahan lebih lama.

Selain dua masalah ini, Nissan Teana tidak mempunyai apa-apa isu yang besar. Yang adanya cuma komponen yang perlu diganti apabila sampai masanya, contohnya seperti lower arm depan yang akan berbunyi apabila sampai waktunya. Klau hendak ganti, kos untuk sepasang memakan belanja sekitar RM 1,000.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 06

Satu lagi, servis untuk gearbox CVT yang digunakan pada Nissan Teana L33 perlu dilakukan sekali dengan oil levelling. Kalau tidak, 'jerking' akan berlaku. Apapun, kos keseluruhan sekali dengan minyak gear yang baru tidak melebihi RM 600.

Isu Komponen yang terlibat Kos membaiki
Amaran 'check engine' Oxygen sensor RM 1,000
Penyaman udara tidak sejuk Compressor RM 2,000

Model mana yang patut dibeli?

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 07

Nissan Teana L33 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014 dengan tiga spesifikasi, iaitu 2.0 XE, 2.0 XL, dan 2.5 XV.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 08

Bagi kami, varian 2.0 XL yang kini serendah RM 54,000 untuk kondisi yang baik tanpa modifikasi adalah pembelian yang cukup berbaloi. Ia hadir dengan segala ciri yang patut ada di segmen atas. Antaranya seperti:

  • Kawalan pelayaran
  • Lampu depan automatik
  • Pelarasan elektronik untuk kerusi depan
  • Kerusi kulit
  • Penyaman udara automatik 2 zon
  • Penyaman udara di tempat duduk belakang

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 09

Varian 2.0 dan 2.5 hadir dengan enjin yang berbeza.

Dari segi trenkuasa, ia didatangkan dengan enjin 2.0L aspirasi natural yang menghembuskan 136 PS/ 190 Nm tork.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 10

Tetapi sekiranya ada bajet lebih, anda boleh terus ke varian 2.5 XV yang kini berharga serendah RM 57,000. Varian ini menambah ciri:

  • Lampu xenon dengan pelarasan automatik
  • Cermin pandang belakang jenis anti-silau
  • Bumbung suria
  • Sistem bunyi Bose dengan 9 pembesar suara
  • Lampu suasana
  • Sun shade berkuasa

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 11

Nissan Teana 2.5 XV ini dikuasakan oleh enjin 2.5L aspirasi natural yang menghasilkan 173 PS/234 Nm tork.

Model Harga baru Harga terpakai Purata susut harga tahunan
2.0 XL (2014) RM 149,800 RM 54,000 9%
2.5 XV (2014) RM 169,900 RM 57,000 9.5%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Apa perkara lain yang perlu diteliti?

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 12

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan membeli terus dari pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelak dari sebarang penipuan pada perbatuan (mileage).

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 13

Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 14

Selain itu, pastikan unit tersebut tidak pernah mengalami sebarang kemalangan ataupun kerosakan banjir.

Konklusi

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 15

Walaupun pasaran sedan segmen D di Malaysia sering ditakhta oleh lambang “H” dan “T”, Nissan Teana sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang mengutamakan aspek keselesaan. Malah, tahap keselesaannya boleh memalukan sesentengah kereta di segmen premium.

Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli? 16

Nissan Teana L33 dengan pakej kit badan Nismo yang bernilai RM 6,200.

Menariknya, ia kekal dengan pengendalian yang memuaskan. Ditambah pula dengan reputasi buatan Jepun yang boleh dipercayai, Nissan Teana terpakai generasi L33 boleh menjadi pembelian yang cukup berbaloi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Nissan Teana 2.0XE

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda