Nissan akan tetap berada di Filipina tetapi akan beralih ke model CBU sahaja, kebanyakan modelnya akan diimport dari Thailand.
Keputusan yang sama diambil oleh Nissan Motor Indonesia yang menutup kilang pemasangan di Puwakarta, Jawa Barat. Kilang itu telah dipindah milik kepada rakan se-perikatan Mitsubishi Motors, yang menggunakannya sebagai kilang enjin.
Hanya Thailand dan Vietnam sahaja yang masih mempunyai kilang Nissan. Kilang Tan Chong Motor Assemblies di Serendah dimiliki oleh Tan Chong sendiri dan bukannya Nissan.
Nissan adalah syarikat kereta ketiga (dalam aspek pengilangan) yang keluar dari Filipina, susulan daripada keputusan oleh Isuzu pada 2019 dan Honda pada 2020.
Pasaran kereta Filipina adalah sebesar kira-kira 400,000 unit kenderaan, lebih rendah berbanding Malaysia dengan 600,000 unit. Kedua-duanya adalah anggaran kasar pra pandemik.
Walaupun dimiliki oleh Nissan Motor sendiri, Nissan Filipina gagal untuk bersinar. Malah Mitsubishi Motors, yang jauh lebih kecil dalam skala global, mampu mengalahkan Nissan di Filipina.
Hal ini senada dengan pandangan kami di mana jenama Nissan sebenarnya lebih baik diuruskan oleh Edaran Tan Chong Motor berbanding di bawah Nissan sendiri.
Kekurangan ETCM adalah selari dengan kegagalan Nissan pada peringkat pengurusan global tetapi ETCM telah membuktikan bahawa pengurusan jenama Nissan di Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau ASEAN.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen