window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama?

Zamil Syaheer · Jul 29, 2021 03:00 PM

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 01

Nissan Rogue dengan enjin aspirasi natural.

Walaupun Nissan X-Trail generasi keempat yang baru telah dilancarkan di China pada bulan April, model itu masih belum dilancarkan pada pasaran pandu kanan (RHD). SUV yang popular ini membuat debutnya di Amerika Utara sebagai Nissan Rogue.

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 02

Nissan Rouge dengan enjin aspirasi natural.

Namun, bagi pembeli Jepun, penantian ini bakal berakhir. Menurut laporan BestCarWeb, pembeli yang mahukan X-Trail serba baru boleh bersiap sedia kerana Nissan katanya bakal membuat pengumuman pada September, dengan pelancaran pada Disember.

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 03

Nissan X-Trail untuk pasaran China.

BestCarWeb juga menyebut bahawa Nissan sebenarnya merancang untuk melancarkan X-Trail T33 di Pameran Motor Tokyo 2021 yang sudahpun dibatalkan. Sekiranya pameran motor diteruskan seperti yang dirancang, X-Trail akan membuat debut pandu kanan pada musim gugur.

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak banyak butiran yang dinyatakan tetapi sekurang-kurangnya satu trenkuasa akan ditawarkan pada X-Trail spesifikasi Jepun, iaitu enjin 1.5 liter hibrid e-Power. Enjin ini mungkin sama dengan X-Trail untuk pasaran Eropah.

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 01

Trenkuasa e-Power kini ditawarkan di Nissan Qashqai (satu segmen bawah X-Trail) serba baru di beberapa pasaran lain. Nissan Qashqai dilengkapi dengan motor elektrik 190 PS dan enjin 1.5 liter berpengecas turbo (156 PS).

Tidak seperti trenkuasa hibrid yang lain, enjin e-Power tidak menggerakkan roda tetapi bertindak sebagai penjana untuk mengecas bateri voltan tinggi.

Juga baca: Nissan Note e-Power 2021 akan dilancarkan di Singapura tahun ini, debut ASEAN pertama

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 02

Nissan X-Trail generasi terkini untuk pasaran Jepun mempunyai pilihan enjin petrol 2.0 liter MR20DD. Namun begitu, setakat ini tiada petunjuk yang jelas tentang pemilihan enjin petrol baru bagi X-Trail akan datang. Ini kerana ada dua pilihan enjin petrol yang ditawarkan, bergantung kepada pasaran.

Juga baca: Kebaikan dan Keburukan Nissan X-Trail – SUV yang sebenarnya bagus dari sangkaan

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 03

Nissan X-Trail untuk pasaran China dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 3-silinder berpengecas turbo (204 PS / 300 Nm) sementara Rogue untuk Amerika Utara dikuasakan oleh enjin 2.5 liter 4-silinder aspirasi natural (183 PS / 245 Nm) .

Nissan X-Trail 2021 akan dilancarkan di Jepun Disember ini, negara pandu kanan pertama? 04

Nissan X-Trail untuk pasaran China.

Dengan penampilan yang lebih moden serta ciri keselamatan yang komprehensif, X-Trail serba baru pastinya jauh lebih mantap daripada pendahulunya. Sekiranya situasi di Malaysia bertambah baik, jangan terkejut jika ia membuat debut pada tahun 2022.

Juga baca: Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda