window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder?

Faisal · Mar 10, 2021 04:00 PM

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 01

Sewaktu Nissan Rogue 2021 serba baru diperkenalkan pada Jun tahun lepas, kami terpesona dengan reka bentuknya yang nampak cukup moden. Untuk pasaran selain Amerika, SUV ini dikenali sebagai Nissan X-Trail.

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 02

Namun begitu, Nissan X-Trail terbaru agak senyap sejak ia diperkenalkan di Amerika. Tetapi dengan imej yang tertular ini, nampaknya China akan menjadi antara pasaran pertama yang akan melancarkan Nissan X-Trail serba baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 01

Berdasarkan imej yang diperlihatkan, Nissan X-Trail spec China tidak nampak berbeza langsung dengan Nissan Rogue.

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 02

Sentuhan yang serupa juga diterapkan pada bahagian belakang.

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 03

Cumanya, terdapat beberapa lencana tambahan seperti 'Dongfeng Nissan'. Untuk maklumat anda, lencana ini mewakili kerjasama antara pengedar di China dan pengeluar di Jepun.

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 04

Di samping itu, lencana '4x4-i' juga diperlihatkan pada bahagian belakang. Ini bermakna varian yang anda lihat ini didatangkan eksklusif dengan pacuan 4 roda. Apa yang lebih menarik ialah lencana '300 VC-Turbo'.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, Nissan X-Trail spec China mungkin dikuasai oleh enjin 1.5L turbo 3 silinder yang menghasilkan 204 PS dan 300 Nm tork. Enjin ini dijangka hadir dengan transmisi CVT.

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 05

Enjin 2.5L aspirasi natural pada Nissan Rogue.

Trenkuasa ini agak berbeza dengan apa yang ditawarkan pada Nissan Rogue. Untuk pengetahuan anda, ia dikuasakan oleh enjin 2.5L aspirasi natural direct-injection yang menghasilkan 183 PS dan 245 Nm tork.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada trenkuasa VC-Turbo bakal ditawarkan di Malaysia ataupun sebaliknya. Apapun, Nissan X-Trail serba baru dijangka tiba di Malaysia pada tahun 2022.

Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder? 06

Buat masa ini, kita tunggu sahaja perasmian Nissan X-Trail serba baru di Shanghai Auto Show 2021 pada 19 April depan.

Kredit foto: Autohome

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda