window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa?

Haris Β· Jul 25, 2022 01:00 PM

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 01

Nissan Motor Co., Ltd. baru sahaja melancarkan Nissan X-Trail generasi keempat serba baharu di Jepun dan SUV itu merupakan aplikasi global pertama bagi rangkaian kuasa elektrik e-POWER generasi kedua dengan enjin VC-Turbo, kedua-duanya teknologi baharu syarikat itu.

“Seperti yang diumumkan dalam Nissan Ambition 2030, Nissan mensasarkan untuk memacu ke arah dunia yang lebih bersih, selamat dan lebih inklusif melalui produk dan perkhidmatan kami.

"Dengan mengambil kira perkara ini, kami sedang mengelektrifikasikan model utama kami, bermula dengan X-Trail untuk pasaran Jepun yang menjadi model e-POWER khusus dengan e-4ORCE pilihan,” kata Ashwani Gupta, ketua pegawai operasi Nissan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 01

Sebagai model serba baharu, platform yang direka bentuk semula didakwa mengurangkan berat kenderaan sambil meningkatkan ketegaran. Platform ini berfungsi bersama-sama dengan sistem e-POWER generasi kedua untuk pemanduan yang sangat baik dalam apa-apa keadaan.

Sistem e-POWER ialah sistem hibrid siri, bermakna enjin TIDAK memacu roda tetapi sebaliknya hanya digunakan sebagai penjana (generator) untuk mengecas bateri voltan tinggi yang seterusnya memberi kuasa kepada motor elektrik yang kemudiannya memacu roda.

Sebagai perbandingan, hibrid siri selari seperti Honda atau Toyota menggunakan enjin untuk memacu roda DAN mengecas bateri voltan tinggi.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 02

Bagi sistem e-POWER generasi kedua dalam Nissan X-Trail serba baharu ini, ia menggunakan enjin nisbah mampatan berubah-ubah Nissan yang inovatif dan aplikasi pertama di dunia sebagai penjana untuk mengecas bateri.

Enjin VC-Turbo dipadankan dengan sistem e-POWER telah ditala khusus untuk meningkatkan output walaupun pada putaran enjin rendah.

Gabungan sistem e-POWER dan enjin VC-Turbo memberikan ketenangan yang tiada tandingan di samping mengekalkan kecekapan bahan api yang efisien. Bersama-sama dengan e-Pedal Step, ia mengurangkan keperluan untuk menekan brek dengan beransur-ansur perlahan seolah-olah engine braking yang lebih 'keras' apabila pedal minyak dilepaskan.

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 03

Ditambah dengan teknologi pacuan elektrik semua roda e-4ORCE, ia melengkapi sempurna keupayaan Nissan X-Trail dalam pelbagai senario, daripada penggunaan harian hingga ke pengembaraan off-road.

Varian 4WD Nissan X-Trail akan dilengkapi dengan teknologi e-4ORCE, di mana pemacu elektrik Nissan dan teknologi kawalan 4WD diintegrasikan dengan teknologi kawalan casisnya. Teknologi e-4ORCE akan meningkatkan prestasi pemanduan dan keyakinan pada pelbagai jenis permukaan jalan.

Baca: Lebih banyak SUV 3-silinder, Nissan X-Trail T33 2022 dengan 1.5L VC Turbo, e-Power bakal dilancarkan di Jepun

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 04

e-4ORCE mampu menilai permukaan jalan serta-merta dan keadaan kenderaan bagi memberikan kawalan tepat daya penggerak dan brek motor elektrik berkembar hadapan dan belakang untuk memaksimumkan geseran.

Dengan sentiasa memastikan daya cengkaman yang optimum, e-4ORCE meminimumkan gelinciran roda dan membolehkan permulaan dan pemanduan yang lancar walaupun dalam keadaan yang kurang ideal untuk cengkaman.

Walaupun semasa nyahpecut, motor hadapan dan belakang mengawal imbangan penjanaan semula untuk menstabilkan gerakan kenderaan bagi memastikan perjalanan yang lancar bagi penumpang.

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 05

Dari segi kosmetik, Nissan X-Trail telah mereka semula bahagian luar dengan lebih mantap. Lampu depan LED adaptif mempunyai struktur dua tingkat dengan lampu kedudukan dan penunjuk di bahagian atas dan lampu utama di bawah. Di bahagian belakang, kombinasi lampu belakang telah menggunakan rekaan tandatangan berbentuk bumerang.

Di dalam, konsol tengah kini mempunyai struktur jambatan yang merangkumi pemegang cawan besar dan ruang penyimpanan manakala penutup konsol berfungsi sebagai tempat letak tangan. Cermin belakang juga tersedia dengan penutup matahari boleh lipat.

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 06

Mematuhi sifat pengembaraan X-Trail, salah satu daripada 4 bahan upholsteri tempat duduk adalah Cell-Cloth, bahan kalis air yang sesuai untuk aktiviti luar atau marin.

Penggunaan skrin gedabak dilaksanakan dalam bentuk sistem navigasi NissanConnect 12.3-inci di paparan tengah dan skrin bersaiz sama untuk kluster meter gugusan instrumen. Selain itu, terdapat juga headunit 10.8 inci yang besar.

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 07

Baterinya juga mampu berfungsi sebagai sumber kuasa kecemasan dengan sumber kuasa AC 100V yang mempunyai output maksimum 1500W.

Teknologi lain yang ditemui dalam Nissan X-Trail baharu terdiri daripada Nissan Safety Assist 360 yang menggunakan kamera, radar dan sonar untuk sentiasa memantau persekitaran kenderaan dan boleh mengambil langkah keselamatan jika perlu. Ia juga boleh menghantar perkhidmatan panggilan SOS sekiranya berlaku kecemasan.

Nissan X-Trail serba baharu gabung enjin hibrid dengan turbo, SUV segmen C dengan penggunaan minyak Ativa? 08

Aplikasi Navi-link telah ditambahkan pada ProPILOT, teknologi pemanduan autonomi Nissan yang direka untuk kegunaan lebuh raya dalam trafik satu lorong. ProPILOT Park mengawal stereng, pemecut, brek, anjakan gear dan brek letak kereta untuk tempat letak kereta yang tepat dan selamat dalam pelbagai situasi.

Baca: 3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda