window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nombor plat "RAJ" raih RM 3.48 juta, UniMAP lancar siri istimewa “UR”

Mersita · Feb 25, 2021 03:00 PM

Nombor plat

Jika sebelum ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah berjaya mengutip RM 2.02 juta bagi nombor pendaftaran “KFC”, JPJ Perlis pula mampu meraih RM 3.48 juta dalam bidaan bagi nombor pendaftaran “RAJ” melalui sistem JPJeBid sepanjang tempoh lima hari bermula pada 18 Febuari lalu.

Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini hingga 22 Febuari lalu dan ia menerima pembida seramai 4,026 orang. Jumlah pembida yang berjaya dalam siri nombor plat berkenaan adalah seramai 2,333 orang. Kutipan keseluruhan yang dikutip sistem itu untuk plat “RAJ” ini berjumlah RM 3,486,332.

“RAJ 1” berjaya dibida sebanyak RM 202,670 lantas menjadikannya kutipan tertinggi, diikuti dengan plat “RAJ 5” yang dibida kedua tertinggi sebanyak RM 101,780, dan “RAJ 3” ketiga tertinggi sebanyak RM 81,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nombor plat

Dalam perkembangan berkaitan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut melancarkan siri nombor pendaftaran khas universiti berkenaan semalam. Siri “UR 1” hingga “UR 9999” dibuka untuk bidaan bermula hari ini, 25 Febuari hingga 4 Mac 2021.

Nombor plat

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad, berkata siri istimewa ini mempunyai kombinasi kedua huruf “UR” ini diambil bagi mewakili huruf ‘U’ yang juga adalah awalan perkataan UniMAP manakala ‘R’ adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri Perlis yang juga identiti negeri Perlis.

UniMAP menyasarkan kutipan bagi penjualan siri nombor pendaftaran ini untuk mencecah RM 10 juta. Proses bidaan akan dikendalikan oleh syarikat yang dilantik iaitu Aquatwo Sdn. Bhd.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda