window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa?

Mersita · Jan 2, 2021 08:00 PM

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 01

Gambar dari motorme.my dan Harith Iskander

Awal minggu lepas, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat berkata yang Kementerian Pengangkutan akan menggubal akta baru bagi menggantikan pelekat Orang Kurang Upaya (OKU) dengan nombor plat khas.

Pada minggu sebelumnya, polis negeri Johor melancarkan operasi khas bagi membanteras penggunaan plat nombor pendaftaran yang ‘fancy’ iaitu nombor plat yang tidak menepati standard JPJ.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 02

Persoalannya di sini ialah, kenapa setelah lebih 20 tahun, Malaysia belum lagi dapat menguatkuasakan nombor plat yang seragam?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cadangan bagi produksi nombor plat kenderaan yang berpusat/seragam sudahpun dipertimbangkan sejak hujung tahun 90-an, tapi sehingga kini, belum ada sebarang keputusan dibuat.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 01

Kita pernah dipetik oleh Wired. Artikel bertarikh November 2006

Pada tahun 2006, JPJ sudah mencadangkan pemasangan ‘e-plates’ pada semua kenderaan baharu. Nombor plat elektronik ini sepatutnya menggunapakai teknologi RFID, dan ia sepatutnya membolehkan perlindungan yang lebih bagus dalam kes kecurian kereta. Sehingga ke hari ini, kita belum dengar lagi sebarang berita tentang pelaksanaannya.

Penguatkuasaan nombor plat kenderaan yang seragam adalah satu bentuk penguatkuasaan undang-undang trafik yang paling asas.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 02

Malah, negara-negara yang lebih kurang membangun seperti Indonesia dan Vietnam boleh melaksanakannya dengan baik sekali. Ini kerana jika pihak berkuasa membenarkan sesiapapun untuk membuat nombor plat ‘custom’, bagaimana pihak polis hendak memburu pesalah trafik dan yang paling penting, pesalah bagi jenayah-jenayah lebih berat seperti kecurian atau kes langgar-lari?

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 03

Bagaimana pula Indonesia, yang mempunyai lebih banyak kenderaan untuk diselia, boleh menguatkuasakannya lebih awal lagi?

Jalan raya di Indonesia sangat sesak dengan motosikal, tapi susah untuk kita lihat motosikal yang tidak menggunakan nombor plat seragam, apatah lagi kereta.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 04

Gambar dari Yogi Hendrawan

Indonesia cukup serius dalam penyeragaman nombor plat kerana sebahagian daripada usaha bandaraya seperti Jakarta untuk mengawal kesesakan lalu lintas, kemasukan kenderaan satu penumpang ke dalam bandaraya itu terhad bergantung kepada digit terakhir pada nombor plat kenderaan tersebut – nombor ganjil atau genap, selaras dengan hari ganjil atau genap setiap minggu.

Tambahan pula, maklumat cukai jalan kenderaan di Indonesia dicetak terus pada nombor plat kenderaan tersebut.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 05

Tarikh luput cukai jalan dicetak di bawah nombor pendaftaran kenderaan. Oleh itu, mengubah nombor plat dikira sebagai satu kesalahan besar

Di Malaysia pula, motosikal sering digunakan untuk jenayah serius, terutama sekali di kalangan peragut. Nombor plat yang agak ‘fancy’ dipasang pada motosikal adalah satu perkara biasa dan ini menyukarkan lagi penyelesaian kes jenayah. ‘E-plate’ yang dicadangkan oleh JPJ sepatutnya membolehkan motosikal lebih mudah untuk dikesan.

Cadangan ini ‘dihidupkan’ semula pada tahun 2015, tapi sekali lagi, ia senyap tanpa berita.

Malaysia barangkali satu-satunya negara di kalangan ASEAN Big-3 yang, walaupun mempunyai dua syarikat kereta nasional, belum lagi menguatkuasakan undang-undang trafik yang asas seperti nombor plat kenderaan seragam.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 06

‘Trade plate’ merah di Thailand serupa dengan ‘trade plate’ biru kita, tapi dengan sedikit perbezaan – kereta baharu selalunya dihantar tanpa pendaftaran, dan pemilik harus mendaftar kereta dalam masa 6 bulan

Di negara seperti China, polis trafik sudah tidak menjalankan sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, atau bersembunyi di sebalik semak samun dengan alat perangkap kelajuan. Sebaliknya, kamera pengesan nombor plat automatik (ANPR) dipasang pada hampir setiap jalan raya. Kadangkala, pihak berkuasa juga menggunakan ‘drones’.

Sistem yang mereka gunakan teramatlah efektif sehinggakan tiada kecurian kereta di China terutama sekali di kawasan bandar. Disiplin dalam pemanduan masih lagi agak teruk, tapi kesalahan memandu melebihi had laju sangat jarang terjadi. Setiap kali anda keluar memandu ke jalan utama, kamera ANPR berteknologi AI akan sentiasa merekodkan lokasi kereta dan kelajuannya.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 07

Kamera AI polis trafik di Shanghai menangkap pemandu trak ini yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penguatkuasaannya pantas kerana mereka gunakan nombor plat seragam

Ada beberapa kamera AI pintar ini yang sangat cekap sehinggakan ia boleh mengesan pemandu yang sedang membalas mesej menggunakan telefon bimbit atau pemandu yang tidak memasang tali pinggang keledar. Kamera AI ini juga boleh mengesan kereta yang menggunakan filem tint cermin gelap.

Had laju dikuatkuasakan dengan AES versi mereka, tapi dengan kebolehan ANPR. Penguatkuasaannya jelas amat efisien.

Kami pernah menemani seorang rakan dari China yang melawat Kuala Lumpur, dan beliau agak hairan melihat mesin pembayaran parkir “autopay” kita yang unik bagi mereka kerana di China, mereka dah amat jarang melihat mesin bayar parkir.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 08

Di sana, kereta dengan enjin pembakaran biasa menggunakan nombor plat biru, manakala kereta elektrik dan hibrid ‘plug-in’ menggunakan nombor plat hijau untuk dapatkan akses ke ruang pengecas awam.

Memandangkan semua nombor plat kenderaan sudah diseragamkan, walaupun tempat letak kereta yang teramatlah biasa dengan jalan tanpa tar menggunakan kamera ANPR dan pembayaran parkir didebit secara automatik pada ‘e-wallet’ pemilik kereta. Dah tak ada orang turunkan tingkap untuk ambil dan bayar tiket parkir, itu dah jadi stail 90-an.

Mengapa perkara ini penting untuk masa hadapan? Salah satu daripadanya, anda tak boleh rancang satu masa depan untuk kereta tanpa pemandu jika kereta tersebut tidak dapat keluar masuk parkir dengan sendirinya.

Bagi orang yang berfikiran Barat, penggunaan kamera mungkin dianggap seperti satu masa depan ‘Orwellian’ yang melampau, tapi jenayah berat, kecurian kereta, atau kes langgar-lari kini sangat jarang berlaku di China. Walau lorong kecil pun dipantau oleh kamera-kamera ANPR.

Nombor plat seragam di Malaysia – dah 20 tahun, kenapa masih belum dikuatkuasa? 09

Kereta EV dan PHEV di Jerman menggunakan nombor plat dengan huruf akhir ‘E’

Di negara-negara lain, kenderaan elektrik dan hibrid ‘plug-in’ diberi nombor plat istimewa bagi memudahkan penguatkuasaan ke atas kenderaan dengan enjin pembakaran biasa yang menyalahgunakan ruang parkir pengecas kereta awam.

Di China, kenderaan bateri elektrik dan hibrid ‘plug-in’ diberi nombor plat berwarna hijau, manakala di Jerman, nombor plat kereta sebegini diakhiri dengan huruf ‘E’

Usah hirau dengan kereta terbang Redzuan Yusof ataupun laluan khas berpagar geo bagi ujian kereta tanpa pemandu di Cyberjaya. Jika kita tidak dapat menguatkuasakan benda-benda asas seperti nombor plat kenderaan, semua projek ini hanyalah sekadar kajian tanpa pelaksanaan sebenar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda