window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nombor plat siri VKJ dibuka untuk bidaan, jadi tumpuan kerana "netizen" kaitkan dengan "KJ"

Haris · Jan 30, 2023 11:00 AM

Nombor plat siri VKJ dibuka untuk bidaan, jadi tumpuan kerana

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengumumkan siri nombor plat ‘VKJ’ telah dibuka melalui bidaan selama 5 hari sahaja iaitu bermula 26 Januari 2023 dan akan tamat pada 30 Januari 2023 jam 10:00 malam.

Menariknya, nombor plat ini tiba-tiba menarik perhatian ramai disebabkan oleh polemik politik negara yang berlaku baru-baru ini serta menjadi berita muka hadapan.

Nombor plat siri VKJ dibuka untuk bidaan, jadi tumpuan kerana

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"KJ" adalah panggilan bagi bekas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang bertanggungjawab dalam memastikan program vaksinasi di Malaysia berjalan lancar di mana program tersebut berjaya melumpuhkan pandemik Covid-19 setakat ini.

Karier politik beliau menjadi kucar-kacir apabila gagal dipilih menjadi ahli parlimen ketika PRU 15 yang lepas serta digugurkan keahlian pada 27 Januari 2023 oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO tanpa prosedur dan alasan yang munasabah.

Oleh yang demikian, warga maya berseloroh bahawa siri nombor plat "VKJ" ini sesuai untuk penyokong kuat ahli politik tersebut dengan sesetengah lagi mengatakan huruf V adalah awalan kepada "Viva" yang bermaksud "panjang umur" dalam bahasa Itali.

Nombor plat siri VKJ dibuka untuk bidaan, jadi tumpuan kerana

Gambar hiasan

Harga bidaan mengikut kategori tidak ditetapkan namun sebagai rujukan, kategori nombor utama selalunya bernilai minima RM 20,000, nombor menarik RM 3,000, nombor popular RM 800 dan nombor biasa bernilai RM 300.

Orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap seperti rekod kenderaan, lesen atau saman dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan cawangan JPJ kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Berdasarkan pengumuman sebelum ini, setiap individu hanya layak untuk memenangi tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan atau syarikat tidak melebihi lima nombor kenderaan.

Baca: Kajian dedah T20 suka pasang plat fancy, 'tint' gelap - Atau adakah ini masalah penguatkuasaan?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda